Sarapan pagi buat anak jika culas memang boleh jejas kepintarannya, justeru ibu bapa yang super duper sibuk pastikan ada sarapan pagi di atas meja sebelum anak ke tadika. Memang tidak dinafikan, bukan mudah untuk memastikan anak-anak mendapat sarapan pagi yang berkhasiat lebih-lebih lagi pada waktu pagi yang sentiasa sibuk.

Tahukah anda bahawa sarapan pagi membantu permulaan metabolisme dan memastikan seseorang itu memperoleh makanan yang secukupnya untuk memulakan hari. Orang dewasa perlukan sarapan untuk mendapatkan tenaga manakala kanak-kanak memerlukannya untuk membesar dan perkembangan otak.

Mengikut kajian Jabatan Nutrisi dan Diebetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 di 47 buah sekolah rendah bandar dan 41 sekolah luar bandar mendapati 32.1 peratus murid terlepas sarapan termasuk 7.5 peratus murid yang langsung tidak bersarapan.

Hendak tahu lebih lanjut kenapa sarapan itu penting untuk anak-anak. Admin sediakan info mengenainya. Lepas ni jangan culas buat sarapan ye untuk anak-anak tersayang.

Kenapa Sarapan Pagi Penting? 

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi lebih peka dan mudah faham ketika di bilik darjah. Mereka juga aktif dalam sukan dan aktiviti fizikal yang lain. Sarapan pagi yang sihat penting bagi memastikan perkembangan dan kematangan tulang, tisu dan organ dalaman tubuh kanak-kanak tidak terjejas.

IKLAN

Terdapat kajian jika tiada sebarang pengambilan sarapan akan menyebabkan daya tumpuan yang kurang, tidak fokus, tidak aktif, lebih lambat menyelesaikan kiraan matematik dan tugasan yang diberikan di tadika.

Ada juga kajian menunjukkan anak yang tidak bersarapan mempunyai simptom ‘anxiety’ dan depresi. Rasa lapar akan menyebabkan anak kelihatan letih, tumpuan kurang, daya berfikir kurang disebabkan oleh penurunan aras gula darah. Berbanding anak yang bersarapan pagi mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi dan fokus dalam pembelajaran.

Jadi pastikan anak ke tadika telah diberikan sarapan pagi. Lempeng kosong pun boleh jadi sarapan ringkas buat anak-anak.

Apakah jenis makanan yang boleh diberikan kepada kanakkanak sebagai sarapan pagi yang  berkhasiat?

IKLAN
Kesian Anak, Jika Culas Sarapan Boleh Jejas Kepintarannya. Ibu Ayah Sila Alert Walaupun  Super Duper Sibuk!
Penyediaan sarapan pagi yang berkhasiat untuk anak-anak

Sarapan pagi yang sihat perlu mengandungi protein dan serat. Protein boleh didapati daripada daging tanpa lemak, telur, kekacang dan produk tenusu. Manakala serat pula ada dalam sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin. Selain itu, kanak-kanak juga perlukan nutrien lain seperti vitamin dan mineral bersama-sama asid lemak. Antara menu untuk sarapan pagi berkhasiat ialah roti telur bersama mentega kacang, biskut gandum disapu mentega kacang dan hash brown, telur, roti bakar serta jus oren.

Anda seorang ibu berkerjaya yang sibuk. Jadi, bagaimanakah caranya untuk menyediakan sarapan pagi yang ringkas tetapi berkhasiat untuk anak?

IKLAN
Kesian Anak, Jika Culas Sarapan Boleh Jejas Kepintarannya. Ibu Ayah Sila Alert Walaupun  Super Duper Sibuk!
Ibu bapa digalakkan sarapan bersama anak-anak untuk menunjukkan teladan bahawa sarapan pagi amat penting dalam kehidupan.

Kanak-kanak sememangnya bergantung penuh kepada ibu bapanya untuk mendapatkan sarapan pagi berkhasiat yang diperlukan dalam menjalani gaya hidup yang aktif. Menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat tidaklah sukar. Contoh sarapan pagi yang ringkas tetapi menyihatkan ialah seperti telur rebus, buah-buahan dan semangkuk bijirin bersama susu rendah lemak. Selain itu, roti gandum penuh dengan sapuan yang mengandungilemak baik juga merupakan sarapan yang berkhasiat.

Bagaimana nak tahu anak mendapat sarapan yang mencukupi?

Ketahuilah bahawa selain sarapan pagi, snek juga penting. Snek yang berkhasiat boleh menampung kekurangan nutrien ketika bersarapan supaya anak anda mendapat bekalan tenaga yang diperlukan untuk kesihatan dan tumbesarannya. Kanak-kanak perlu makan kerap kerana kadar metabolisme mereka sangat tinggi. Oleh yang demikian, anda haruslah bekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, biskut gandum penuh dan produk tenusu rendah lemak.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI