Ada sesetengah ibu bila beli ayam akan buang macam tu je kaki ayam. Alasannya sebab fikir ia kotor dan nak masak pun fikir dua kali. Tahukah anda sebenarnya bahagian kaki ayam ini mengandungi banyak nutrisi dan membantu pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.
Malah bagi wanita berusia 30-an ke atas, ramai yang menjadikan menu sup kaki ayam sebagai hidangan utama untuk mendapatkan khasiat kolagen semulajadi.
Berdasarkan perkongsian dari seorang ibu, Intan Nornie Sheika, dia menyatakan kebanyakan ibu terlepas pandang mengenai khasiat yang ada pada kaki ayam.
Sebenarnya kaki ayam adalah bahagian yang sangat padat nutrisi. Sendi dan tulang kaki ayam, ada banyak ‘ligamen’ yang kaya kolagen.
Ya, kolagen yang selalu diwar-warkan dalam kecantikan dan keanjalan kulit tu.
Sup kaki ayam, antara sup untuk sistem pertahanan tubuh. Jika ada ada isu glutamate dan histamin, memadai renehan sekadar setengah jam hingga satu jam sahaja.
Ini juga antara menu wajib anak saya ketika anak kurang sihat.
Antara khasiat dari kolagen ini ialah
+ Bantu pembinaan semula sel-sel kita (regenerate)
+ Menambah (tingkatkan) sifat anjal dan elastik kulit. Bukan bermakna kulit kita tak berkedut biarpun berusia, tapi proses penuaan kita tidak cepat/ketara
+ Sangat baik untuk tingkatkan kekuatan sendi dan sangat baik dalam mencegah tulang reput
+ Gusi dan gigi yang sihat
+ Unzur ‘zinc’ dalam kaki ayam beri keseimbangan hormon kita.
Info yang belajar dari ‘Kak Nung’ NorDini Hasnor
kaki ayam ada 1/3 keperluan ‘zinc’ yang badan kita perlukan.
Sumber: Intan Nornie Sheika
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risaunya Bila Bayi Ada Cradle Cap Atau Kulit Kepala Berkerak. Hilangkannya Dengan Minyak Kelapa
Risau bila melihat kulit kepala bayi berkerak atau cradle cap? Mama boleh cuba hilangkannya dengan minyak kelapa atau santan. Mudah sahaja caranya. Ikuti panduan ini.
Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan. Sentiasa kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.
Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
BAGAIMANA KERAK INI TERBENTUK
Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.
Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seperti serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.
PETUA CUCI KERAK DI KULIT KEPALA BAYI
Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Minyak kelapa
- Berus rambut bayi
- Tuala kecil
- Santan kelapa / minyak zaitun.
- Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.
- Lakukan gosokan lembut di atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.
- Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.
- Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi dengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.
- Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.
- Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.
Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika ia masih berlarutan atau merebak ke muka atau leher anak anda.
5 PERKARA PERLU DIHINDARI
1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.
2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.
3.Meletakkan bedak di kepala bayi.
4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.
5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersalin Yang Ke-4, Sari Yanti Menangis Tahan Sakit. Lepas Subuh Sakit, Malam Baru Keluar
Betullah orang kata, pengalaman bersalin setiap anak lain-lain. Hanya yang melalui saja akan faham betapa hebatnya untuk melalui saat ini. Disebalik kelemahan seorang wanita, bila tiba saat ini, automatik boleh jadi kuat biarpun berjam-jam atau berhari-hari menunggu kelahiran bayi.
Begitu juga yang dilalui oleh Sari Yanti, 36. Walaupun dah ada pengalaman melahirkan tiga orang anak sebelum ini tetapi kelahiran keempat ini dianggap pengalaman bersejarah juga baginya pada 6 Jun lalu.
Sari Yanti yang selamat melahirkan bayi lelaki bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkata, dia menahan sakit agak lama juga sebelum selamat bersalin.
Bersalin secara normal, bayi lelaki seberat 3.34 kg adalah yang ditunggu-tunggu Jep selepas mendapat seorang anak perempuan, Dariya Inara dua tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
Sebelum ini Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.
Menangis tahan sakit
Selepas sepuluh hari melahirkan, Sari Yanti telah berkongsi momen semasa hari dia ingin bersalin yang dianggap bersejarah baginya. Mana tidaknya, dia telah melahirkan ketika negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).
Susulan daripada itu, dia hanya ditemani suami, iaitu Jep Sepahtu dan tidak seperti kelahiran sebelumnya apabila ibu dan bapanya turut setia berada di depan wad bersalin di hospital.
Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan maafkan saya) .
Suami kakak.
Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I.
Mak ayah keluarga, Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada.
Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. .
Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah Allahuakbar.
Syukur semua selamat
Walau bagaimanapun, Sari Yanti tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur atas segala kelancaran ketika bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia dipermudahkan urusan tempoh hari.
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan, Untuk pengalaman, Untuk setiap titik keringat dan air mata, Untuk satu lagi anugerah, Untuk cinta dan sayang suami, Untuk doa dan kasih ibu bapa, Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan . Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sumber : Sari Yanti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sweet & Simple” Ezzaty Abdullah Pilih Nama Ringkas Untuk Anak Kedua!
Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Februari lalu, pelakon Ezzaty Abdullah tampil berkongsi nama untuk anak keduanya.
Tidak perlukan nama yang panjang, sebaliknya Ezzaty dan Azwan sepakat memilih nama ringkas namun punya makna yang baik.
Melalui Instagramnya semalam, pelakon yang sering meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya ini berkongsi nama putera sulungnya sambil berkongsi potongan maknanya.
“AHMET BIN MOHD AL AZWAN.
“Semoga empunya nama ini akan menjadi anak yang soleh, mengharumkan nama keluarga dan agama, berbakti pada ramai manusia, baik budi pekerti, tegas berbicara, disegani, dihormati dan menghormati, kaya dunia & akhirat, dan disayangai ramai,” tulisnya di Instagram.
Sama seperti nama Ahmad, makna Ahmet juga terpuji, sama seperti nama Muhammad, Nabi Muhammad SAW.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan isteri kepada Azwan Kombos ini juga turut sama menitipkan doa untuk bayi lelaki kesayangannya itu.
“Doa ibu untuk Ahmet akan berterusan hingga hujung nyawa ibu. Amin,” tulisnya di Instagram.
Rata-rata pengikut Ezzaty turut memuji pilihan nama ringkas tapi bermakna itu.
“Sweet & simple. Semoga sentiasa menjadi anak yang berbakti dan menyenangkan ibu & ayah dunia akhirat.”
“Alaaa..comelnya nama Ahmet.”
“Masyaallah cantiknye name baby. Semoga baby Ahmet sihat selalu dan semoga menjadi anak soleh buat ibu dan ayah.”
“Assalamualaikum Ahmet. Moga jadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah ye.”
Terdahulu, Ezzaty selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu tepat jam 3.53 pagi.
Menarik: Macam Nak Pengsan Tahan Contraction, Ezzaty Abdullah Syukur Dapat Rasa Nikmat Bersalin
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI