Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu. Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi beberapa minggu.
Melalui instagram, Zahirah dilihat sering berkongsi beberapa keping gambarnya sepanjang berada di Perth. Bersantai bersama keluarga, tidak kurang juga melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Menerusi satu entrinya di instagram, ibu hamil yang semakin berseri-seri ini berkongsi kenaikan beratnya yang kini naik sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang hamil.
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya berkongsi.
Dalam perkongsian itu, Zahirah turut memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai. Semoga keadaan Zahirah baik-baik sahaja sepanjang menanti detik melahirkan kelak.
Dalam pada itu, perkongsian gambar Zahirah tersebut mendapat reaksi dan komen dari seluruh peminatnya. Semuanya rata-rata tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini.
Warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan Allah SWT. Tak sabar rasanya untuk melihat Zahirah dan Aiman junior. Pastinya secantik ibu dan bapanya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pasangan ini sepakat untuk melahirkan bayi pertama mereka di Perth, Australia.
Model Moscow, Rihana Petra mendedahkan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra, 4, selalu mengalami masalah mengigau ketika tidur sehingga menyebabkan anaknya itu menjerit-jerit pada waktu malam.
Apabila dirujuk kepada pakar, ia berkemungkinan stres si ibu ketika hamil yang turut mempengaruhi emosi anak selepas lahir.
“Malam tadi gelisah… Leo menjerit semasa tidurnya beberapa kali. Dia pasti bermimpi sesuatu yang buruk…”
“Saya bangun awal dan semasa saya bersiap untuk ke lapangan terbang, saya terus memikirkan tentang tidur Leon yang tidak lena. Ia bermula ketika dia masih kecil dan ia tidak berlaku untuk masa yang lama, tetapi hari ini ia berlaku lagi. Saya membuat persamaan: apabila saya tidak tenang, ia serta-merta menjejaskan anak saya. Itulah kaitan emosi.”
Ads
“Menjerit pada waktu malam adalah akibat kehamilan saya yang sukar. Saya sangat gementar dan saya tidak tidur dengan lena. Ia akan berlalu, sudah tentu. Dalam pada itu, saya berusaha keras dan melakukan yang terbaik untuk meminimumkannya.”
Ads
Dia yang juga bekas isteri kepada Sultan Muhammad V, Kelantan, turut berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan yang disyorkan oleh pakar.
Inilah yang pakar telah mengesyorkan kepada kami👇
Ads
✔️Kawal rutin harian anda. Anda tidak sepatutnya Stress atau tidak cukup tidur.
✔️ Elakkan situasi yang tertekan (untuk saya dan Leon) dan terlalu teruja.
✔️ Memastikan persekitaran yang tenang.
“Dan daripada saya, saya akan menambah – memupuk cinta❤️ Semua komunikasi dengan Leo saya bina melalui cinta. Saya tidak memarahi, tetapi menerangkan, bukan mengkritik, tetapi membantu. Ini membantu kami membina hubungan yang saling mempercayai dan mengekalkan keakraban emosi”
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke? Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk memuatkan seorang bayi.
3. Nanti nak ambil epidural ke? Tahu tak saiz jarum tu?
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
NAK HAMIL, TETAPI TIADA REZEKI
Kebanyakan wanita yang sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan biasanya sudah mula menyiapkan diri untuk hamil dan menjadi seorang ibu, Peluang untuk hamil berbeza bagi setiap wanita. Mungkin mudah untuk sesetengah wanita, tetapi sukar untuk yang lain.
Sebagai salah satu inisiatif untuk hamil, wanita perlu tahu waktu yang sesuai untuk mengadakan hubungan seks bersama suami. Sebaiknya-baiknya jika anda dan suami merancang untuk hamil kali pertama atau kandungan seterusnya, haruslah merancang sekurang-kurangnya enam bulan sebelum itu.
Anda perlu tahu waktu subur dan tidak boleh leka dengan waktu kitaran haid. Setiap tarikh datang haid perlu dicatat supaya tidak timbul kekeliruan atau tersakah kira waktu subur. Kitaran dikira bermula dari hari pertama datang haid terkini sehingga tarikh datang haid bulan berikutnya. Kitaran haid yang normal biasanya 28-30 hari. Sesetengahnya pula boleh mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih panjang, melebihi 40 hari. Dapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat perbidanan untuk mengetahui waktu ovulasi anda yang sebenarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
PUNCA KEGUGURAN BERULANG
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
IBU ADA FIBROID ATAU ENDOMETRIOSIS
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
KENA BANYAK BEREHAT
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...