Betapa kuatnya naluri seorang ibu itu bila ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atas anaknya pasti dia dapat merasakannya.

Seorang ibu, Puan Nur Amirah Yusof mengesyaki anak kecilnya tertelan bateri kalkulator tanpa disedari.

Kejadian berlaku terlalu pantas apabila, anak sulungnya yang sedang menyusun kalkulator tanpa sengaja telah terjatuh sehingga menyebabkan skru tercabut dan baterinya terkeluar.

Memikirkan keselamatan dan bimbang bayinya Muhammad Izz Nuqman, 13 bulan mengutip dan menelan bateri tersebut, dia segera kutip kalkulator dan periksa mulut anaknya.

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

Tadi aku dapat whatsapp, dorang kata ramai dah share kisah nuqman dekat fb,aku pun  tak tahu pasal ni

IKLAN

Alhamdulillah & Terima kasih kawan yang sudi screen shoot cerita status aku dekat wassap dan share dekat fb 

Sebenarnya bukan aku tak nak cerita pasal nuqman dekat fb. Aku takut aku share kat fb ada yang tak paham cerita aku nanti aku kena kecam. Disebabkan ramai dah bertanya aku kongsi cerita nuqman.

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

Ada yang aku cerita perkara sebenar yang berlaku, ada yang aku copy paste je cerita aku hantar dekat kawan kawan. Tapi aku confirm dorang pun tak paham sangat apa yang aku cerita.

Ada yang aku kata anak aku masuk hospital sebab makan bateri sebab aku tak nak cerita panjang panjang, terus aku dikatakan cuai.

IKLAN

So sebab tu aku nak share perkara sebenar yang berlaku.

Mungkinlah aku cuai sebab aku terus kutip calculator tak terus pergi tengok mulut anak aku.

Aku pergi kutip calculator sebab aku takut anak aku terkutip bateri,tapi dia lagi pantas dari aku.

Sampai aku tak nampak bila dia telan bateri. Waktu aku check mulut dia tak ada bateri pun, sama ada waktu calculator jatuh bateri tu tercampak dekat dia.

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

IKLAN

Dari petang sambung ke malam aku cari bateri calculator tapi aku tak jumpa, suami aku kata kalau aku was was bawak je pergi klinik mintak buat x-ray

Ada ke tak ada bateri tu belakang cerita, kalau tak ada balik dari klinik aku akan cari lagi.
Pukul 8 malam,aku pergi klinik yang pertama, tapi x-ray dorang tak boleh digunakan lagi.

Kuatnya Naluri Seorang Ibu Bila Syak Anaknya Tertelan Bateri. Pergi 3 Klinik Untuk X-Ray. Hasilnya Confirm!

Aku pergi klinik ke-2 tapi x-ray rosak, doc kat situ kata kalau anak aku tertelan bateri dia akan tercekik atau muka dia kebiruan boleh terus pergi kecemasan.

Kalau aku masih tak puas hati nak check perut anak aku ,dia syorkan aku pergi klinik lagi satu. Alhamdulillah klinik ke-3 aku pergi ada x-ray, aku mintak doktor buat x-ray.

Aku cakap tolong buat x-ray aku nak tengok anak aku ada makan bateri calculator ke tak?
sebab aku tak nampak.

Bila aku tahu keputusan memang ada bateri dalam perut anak aku, menangis aku sebab apa yang aku rasakan tu betul. Kalau lah aku tak ikut naluri aku tu mungkin aku akan rasa bersalah dekat anak aku sampai sekarang.

Aku share cerita nuqman sebab aku cuma nak pastikan parents yang ada anak kecik ni lebih alert dan waspada. Semoga cerita aku ni jadi teladan pada yang lain.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI