Jangkitan kuman GBS semasa hamil boleh menyebabkan risiko bayi maut. Buat pengetahuan ibu mengandung, Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum ( tempat simpan tinja sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%)

Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakan wanita yang ada GBS ini tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak dalam perkongsiannya di Facebook Medical Mythbusters Malaysia, menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses bersalin belum bermula.

Bagaimana nak kesan GBS?

GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari vagina / sampel dari rectum atau ujian air kencing.

Kita TIDAK offer kepada semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :

– Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS

– Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS

– Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS

– Kebanyakan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu

– Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima rawatan yang mereka tidak perlukan sebenarnya.

Kuman GBS Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Risiko Bayi Maut. Ibu Hamil Kena Hati-Hati!

IKLAN

Apa kesan GBS kepada bayi?

Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.

1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis)

Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :

✔️Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya

✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS

✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin

IKLAN

✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample vagina

✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan

Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?

Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.

Kalau sample dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotik ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.

Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah

Jika air mentuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di induce – bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotik juga turut diberikan melalui salur darah.

IKLAN

Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotik juga melalui salur darah yang merawat banyak bakteria termasuk kuman GBS.

Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun takda GBS.

❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotik SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotik selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotik ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.

Kuman GBS Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Risiko Bayi Maut. Ibu Hamil Kena Hati-Hati!

❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan.

‼️Beritahu doktor mengenai ubat yang anda alergik. Kemungkinan besar ubat yang ada alergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .

Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan:

  • Nafas berbunyi, susah untuk bernafas
  • Selalu mengantuk dan tiada respon
  • Otot-ototnya lembik
  • Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu
  • Demam atau mempunyai suhu rendah
  • Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin )
  • Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan
  • Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital
  • Paras gula darah bayi rendah – boleh dikenalpasti di hospital

Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serius sehingga boleh membawa maut.

Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.facebook.com/drmuhammadizzat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI