Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami praeklampsia atau tekanan darah tinggi dan kelebihan kadar protein dalam urin (proteinuria) sewaktu kehamilan. Penyakit ini adalah sangat serius kerana ia berlaku pada sekitar 5% daripada populasi wanita hamil dan biasanya terjadi pada usia 20 minggu kehamilan.

Peningkatan tekanan darah biasanya akan mengakibatkan pengecilan pembuluh darah di rahim. Perlu diingat, pembuluh darah berfungsi memberi janin, oksigen dan semua nutrisi yang diperlukan. Kesannya, perkembangan bayi yang ada di dalam kandungan menjadi terbantut.

Oleh kerana itu anda diwajibkan untuk memeriksa kehamilan secara teratur. Pemeriksaan kehamilan penting, agar anda dapat mengetahui perkembangan kehamilan, tahap kesihatan bayi dalam kandungan dan mengetahui kemungkinan penyakit atau kelainan pada kandungan.

Gejala utama praeklampsia adalah tekanan darah tinggi, tetapi mungkin ada juga sebab-sebab lain yang mempengaruhinya seperti kenaikan kadar protein dalam urin, pembengkakan di kaki atau kelainan pada hati atau ginjal.

Faktor yang berbeza dapat meningkatkan risiko anda untuk mendapat praeklampsia  Ini termasuklah:

IKLAN
  1. Umur di mana ibu remaja atau wanita di atas 40 paling berisiko.
  2. Sejarah praeklampsia pada kehamilan sebelumnya.
  3. Memiliki tekanan darah tinggi sebelum kehamilan.
  4. Memiliki ibu atau saudara perempuan yang memiliki praeklampsia.
  5. Memiliki penyakit tertentu seperti diabetes, lupus, reumatik artritis atau penyakit ginjal.

Selain faktor-faktor di atas, penyebab yang pasti mengenai praeklampsia tidak diketahui dengan jelas sehingga kini. Selain itu ia berkemungkinan disebabkan oleh keadaan plasenta, kekurangan oksigen atau ada gangguan di pembuluh darah. Keadaan ini harus mendapat perhatian serius kerana akibatnya boleh membahayakan kandungan.

Ketika tekanan darah sudah terlalu tinggi, misalnya sehingga mencecah 170 atau 200, satu-satu tindakan yang harus dilakukan doktor adalah segera mengeluarkan janin, agar tekanan darah anda kembali normal. Jika tidak, nyawa anda mahupun bayi boleh terancam. Memang penting untuk menyelamatkan kedua pihak. Namun, keutamaan adalah keselamatan diri anda.

Kurang Kalsium Penyebab Praeklampsia? Pastikan Ia Mencukupi Jika Tak Mahu Bahayakan Janin

IKLAN

Faktor makanan juga dikatakan penyebab praklampsia berlaku dalam kehamilan. Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang berakhir menjadi praeklampsia. Hal ini kerana kalsium mencukupi dapat membantu menjaga pembuluh darah dan memastikan tekanan darah tetap normal. Selain itu, kekurangan protein, protein yang berlebihan, minyak ikan, vitamin D dan faktor makanan lainnya juga berperanan sebagai penyebab praeklampsia.

Obesiti juga antara penyebab praeklampsia. Indeks jisim tubuh yang tinggi berkaitan dengan diabetes, tekanan darah tinggi serta rintangan insulin, dapat mempengaruhi sistem inflamasi.

Sebagai langkah pencegahan, anda perlu lakukan beberapa perkara agar tidak terjebak dalam masalah praeklampsia. Untuk mencegah praeklampsia, ia perlu dilakukan sejak sebelum hamil. Anda yang merancang hamil harus melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk melihat tekanan darah tinggi, diabetes, tiroid dan ginjal.

IKLAN

Kurang Kalsium Penyebab Praeklampsia? Pastikan Ia Mencukupi Jika Tak Mahu Bahayakan Janin

Ketika hamil pula, pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan lebih kerap. Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan mengurangkan makanan bergaram, berlemak serta mendapatkan rehat yang cukup. Jangan mengambil sebarang ubat. Mintalah nasihat doktor supaya dosnya terjaga dan tidak membahayakan janin.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI