Lebih awal, lebih baik! Tidak terlalu awal untuk anak kuasai tulisan tangan. Jangan sia-siakan usia keemasan (di mana minda mereka menyerap seperti span) ini untuk mereka menguasai pelbagai kemahiran.

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

Ramai mama dan papa menyerahkan bulat-bulat tugas mengajar si manja menulis dan membaca kepada guru semata-mata. Tambahan pula kini kanak-kanak bersekolah seawal empat hingga lima tahun, maka ramai ibu bapa merasakan berada di zon selesa tanpa mengetahui si kecil sepatutnya mempunyai kemahiran tulisan tangan mereka pada tahap yang lebih baik dengan diajar oleh ibu bapa mereka sendiri.

10 KELEBIHAN ANAK MENGUASAI TULISAN TANGAN PADA PERINGKAT AWAL

  1. Boleh meningkatkan penguasaan skil motor halus.
  2. Boleh bebas berimaginasi.
  3. Menajamkan koordinasi mata dan tangan.
  4. Menambah pemahaman, persepsi dan kemahiran visual.
  5. Meningkatkan penguasaan awal untuk menguasai skil mengeja dan membaca.
  6. Meningkatkan keyakinan diri ketika di sekolah.
  7. Melatih si manja memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan.
  8. Sebagai latihan kognitif untuk menajamkan minda.
  9. Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel otak bergabung.
  10. Latihan berulang kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

LATIHAN YANG MAMA PAPA BOLEH BUAT UNTUK BANTU ANAK MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS

  • Boleh anak untuk memegang pensel dengan betul iaitu melibatkan jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari yang disebut sebagai tripod grasp. Anda oleh menggunakan krayon yang dipatah-patahkan untuk menggalakkan si manja mempelajari tripod grasp dengan betul.
  • Melukis dan mewarnai pada permukaan yang menegak (seperti dinding) boleh melatih otot bahu, lengan dan pergelangan tangan si manja.
  • Anak sudah mempunyai tangan dominan pada usia lima hingga enam. Ia selalunya sudah mempunyai tangan dominan sejak daripada usia dua hingga tiga tahun yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menulis.
  • Belikan buku bergaris tiga atau buku latihan yang mempunyai latihan menulis dengan menyambung titik-titik untuk melatih si manja menulis.
  • Pastikan anak menulis pada posisi badan yang betul iaitu posisi duduk pada kerusi, meja di paras dada dan paras meja siku tidak bersentuhan.

8 AKTIVITI MENAJAMKAN SKIL TULISAN TANGAN

Selain melakukan latihan menulis secara berulang kali, anda boleh mengajaknya bermain. Pilih permainan yang banyak menggunakan tangan dan mata untuk membantu si manja menguasai skil menulis dengan cepat.

Permainan ini melibatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus yang akan membantu si manja untuk menguasai skil tulisan tangan dengan lebih baik.

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

MELUKIS

biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati apabila berkelapangan. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Aktiviti ini juga menggalakkan si manja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.

MEWARNAKAN

Mewarna ialah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

BERMAIN CAT AIR

Bermain dengan cat melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat air yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja.

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

IKLAN

BERMAIN DOH

Doh lembut adalah permainan yang wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.

BERMAIN MANIK

Permainan yang sering diminati si manja ini membantu penguasaan mata dan tangan. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.

BERMAIN DENGAN PENYEPIT

Ajak si manja mengalihkan objek kecil seperti gula-gula atau pom pom ke dalam mangkuk lain menggunakan penyepit.

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

PATUNG PUPPET

Bermain dengan puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari serta berimaginasi.

RANTAI PASTA

IKLAN

Buat gelang-buat gelang menggunakan pasta makaroni atau penne yang untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil

Lebih Awal, Lebih Baik! 30++ Tip Anak Kuasai Tulisan Tangan

 

TIP AJAR MENULIS ABJAD MENGIKUT URUTAN

HURUF BESAR

Anda boleh memulakan aktiviti latihan tulisan tangan secara berperingkat untuk memastikan si manja menambah kecekapan dengan mendahulukan huruf-huruf berikut:

Langkah pertama: Huruf besar L, T, I, F, E, H

Huruf yang berbentuk berasaskan garisan vertikal dan melintang.

Langkah kedua: Huruf besar V, W, X, A, Z

Huruf yang terdiri daripada garisan menyerong dan melintang.

IKLAN

Langkah ketiga: Huruf besar C, O, G, Q

Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan menyerong.

Langkah keempat: Huruf besar B, D, P, R, J, U, S

Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan melengkung.

HURUF KECIL

Selepas menguasai tulisan tangan huruf besar, anda boleh menggalakkan si manja meningkatkan penguasaan huruf kecil pula. Urutan latihan adalah seperti berikut.

Langkah kelima: Huruf  kecil v, w, c, o, s, x, z

Huruf yang sama dengan huruf besar tetapi bersaiz kecil.

Langkah keenam: Huruf  kecil t, l, i, y, j, u, k

Huruf yang seakan-akan sama dengan huruf besarnya.

Langkah ketujuh:Huruf  kecil a, b, d, e, g, q

Huruf yang mempunyai bentuk lengkungan ‘c’.

Langkah kelapan: Huruf  kecil f, h, m, n, p, r

Huruf-huruf yang mempunyai lengkungan separa.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI