Pada masa anak baru mula nak belajar menapak, belajar berjalan, kita kalut nak latih anak berjalan. Tak kira tempat, tak kira masa, sebabnya teruja nak lihat anak berjalan dan berlari.

Bagaimanapun, apabila anak dah mula berjalan laju, apa biasanya kita buat bila ke tempat public?

a. Masukkan anak dalam trolley
b. DUKUNG anak
c. Tinggalkan di rumah

Sebab dah tak larat nak kejarrr. Fuhhh..Bab ni memang agak susah. Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani, ibu bapa mula bertukar pendirian secara automatik bila anak makin ligat.

Disebabkan itu juga ibu bapa dah mula memilih salah satu daripada tiga cara di atas untuk memudahkan pergerakan bila bawa anak-anak keluar.

Ok atau tak kita tangani dengan kaedah a, b dan c di atas?

Jawapannya, sesekali ok lah..kita manusia biasa kan…ada masa memang tak cukup energy untuk urus tingkah laku anak dan emosi diri sendiri.

Taapiiii…..jangan setiap kali pun begitu…ada kesannya kepada anak untuk jangka masa panjang.

Apa kesannya?

  1. Anak semakin sukar dikawal apabila berjalan di public area..kerana eksplorasinya baru bermula. Jadi apa perlu buat? Latih anak biasa berjalan sendiri dengan dipimpin. Permulaan agak sukar, tetapi jika dilatih dari kecil, insyaAllah lebih mudah.

  1. Separation anxiety
    Kerana dah biasa dalam keadaan selamat dan selesa, akan ada isu separation anxiety. Untuk anak yang ada separation anxiety, berdukung bukan punca penyebab utama…tetapi ia punca menjadi semakin parah.

Ada separation anxiety + kerap didukung
= anxiety bertambah serius

  1. Kurang ‘perform’ dalam pembelajaran
    Yeke?Iyaaaa. Dengan selalu berdukung (atau kaedah adan c tadi), anak :

–  kurang stimulasi fizikal ; biasanya sendi mereka lemah, kurang kestabilan sendi yang akhirnya menyebabkan kelewatan perkembangan sensorimotor.

–  kurang stimulasi sensori ; dengan selalu berdukung, vestibular mereka (memegang 50% dalam foundation pembelajaran) kurang digunakan, kurang respon dengan environment secara independent yang mana sangat mustahak untuk otak membina jaringan lebih baik antara cell sehingga terbinanya executive function yang bagus.

–  kurang stimulasi kognitif ; apabila didukung, anak tak perlu proses banyak maklumat dan perkara. Kebanyakan perkara ibu bapa akan bantu untuk ‘respon’ kan bagi pihak anak. Tak perlu alert dengan jarak, kerana memang selamat berada dengan ibu bapa, tak perlu fikir tentang arah mana harus/mahu dituju, tak perlu fikir dan buat keputusan yang mana selamat dan yang mana tidak..always in a comfort zone.

PESANAN : penulisan ini khas untuk anak tipikal. Anak istimewa perlukan sedikit kelainan dan teknik tertentu dalam melatih berjalan di public area. Namun, kesan negatifnya masih sama.

Sumber: Aabidah Ab Ghani

 

Tinggalkan Komen