Di sebalik kegembiraan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), ada yang memikirkan apa nasib Permata Kurnia yang menjadi tempat pembelajaran anak-anak autisme.

Permata Kurnia ditubuhkan hasil idea Datin Seri Rosmah Mansur yang bertujuan untuk menyediakan pusat pembelajaran dan terapi bagi anak-anak autisme di negara ini.

Apabila kerajaan Barisan Nasional kalah dalam PRU-14, ramai di kalangan ibu ayah yang menghantar anak-anak autisme mereka di samping kakitangan pusat tersebut sendiri merasa risau dan bimbang akan nasib mereka.

Kebimbangan tersebut dikongsi oleh Prof Dr. Hasnah Toran selaku Pengarah Permata Kurnia yang mewakili suara hati ibu ayah anak-anak syurga ini. Bahkan beliau sendiri turut mempunyai dua orang anak autisme.

Rezeki Allah yang tentukan

Lepas PRU-14, Apa Nasib Permata Kurnia? Profesor Ini Luah Kebimbangan Ibu Ayah Anak Autisme
Prof Dr Hasnah Toran di hadapan Pusat Permata Kurnia

Penghujung 2012, saya dihubungi oleh Bahagian Permata untuk berbincang tentang projek pusat autisme negara.

Kata kawan-kawan, Hasnah, this is a good opportunity to realize your dreams to provide services, much needed services, for children with autism. Saya jawab ada rezeki, adalah.

Pertengahan 2014, saya ditawarkan jawatan untuk membantu kerajaan membangunkan pusat ini. Saya terima, sebab jika kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan ini, somebody better make sure its done right.

IKLAN

Tak adalah terapi merepek-repek, yang membuang masa dan wang ringgit pula yang disediakan. Tanya kawan-kawan, tak takutkan, ini projek isteri PM, nanti kalau BN jatuh, apa nasib awak.

Saya senyum sahaja sebab rezeki Allah yang tentukan, bukan mana-mana manusia. Kalau niat kita betul, insyaallah Dia akan permudahkan.

Pilihanraya menjelang, kami biasa-biasa sahaja. Resam negara demokrasikan. BN kalah, the rakyat has chosen. Saya langsung tak bimbang.

Tetapi rupa-rupanya anak-anak buah saya tercuit juga rasa. Staf kontrak bertanya, kami masih ada kerjakah? Staf tetap bertanya, Dr, kita kena pindah kementeriankah?

Kasihan mereka, anak-anak muda yang gigih ikhlas bekerja untuk anak-anak isi syurga kita. I did my best to calm them down. Saya bagi tau, sebagai ketua di PK, adalah tanggung jawab saya untuk memastikan kebajikan mereka tidak tergugat.

IKLAN
Lepas PRU-14, Apa Nasib Permata Kurnia? Profesor Ini Luah Kebimbangan Ibu Ayah Anak Autisme
Permata Kurnia

Ibu bapa pula ada yang hantar mesej dan up di FB, Apa akan jadi dengan PK? Adakah akan ‘diganyang’? (meminjam perkataan yg digunakan oleh seorang parent)

Bertenang semua.

(1) Negara demokrasi, memang rakyat ada kuasa memilih.

(2) Kalau rakyat Malaysia tidak salah memilih, kerajaan baru ini mestilah sebuah kerajaan yang bijaksana dan prihatin

IKLAN

(3) Permata Kurnia buat kerja murni, membantu anak-anak autisme dan ibu bapa mereka

(4) PM baru menyatakan penubuhan kerajaan ini bukanlah untuk revenge tetapi untuk membangunkan rules of law.

Maka, pendapat saya, kerajaan Malaysia tidak akan melupuskan suatu organisasi di bawah kerajaan juga yang memberikan manfaat kepada golongan yang selama ini ‘marginalised’

Mungkin ada yang berfikir, Dr H ini terlalu naif. Yelah, sebab logik saya, logik seorang guru dan ibu kepada 2 orang anak autisme, bukan logik ahli politik ala Machiavelli.

Maka, jom kita semua berdoa agar pendapat Dr H yang naif ini betul belaka! Sebab jika tidak betul, mana anak-anak kami yang 400 orang tu nak belajar? Erk!

Kebimbangan dan harapan rakyat terhadap program baik seperti Permata Kurnia yang mesti diteruskan demi masa hadapan anak-anak autisme dan keluarga mereka.

Sumber: Hasnah Toran

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI