Pengalaman menyaksikan sendiri isteri bersalin di depan mata tentunya membuatkan suami tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Proses bersalin yang ibaratnya perjuangan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sendiri adalah sesuatu yang cukup hebat untuk ditempuhi oleh seorang wanita.

Pengacara dan selebriti masakan, Cef Naem baru-baru ini selamat bergelar seorang ayah apabila isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 23 Oktober.

Berkongsi pengalaman yang cukup bermakna menemani isteri saat kelahiran putera sulung, Cef Naem beranikan diri walaupun hampir termuntah pada mulanya. Namun dia berjaya menahan diri untuk melihat sepanjang proses isterinya itu bersalin.

“Lepas Tengok Isteri Meneran…” Pertama Kali Tengok Proses Bersalin, Cef Naem Insaf, Nak Lebih Hargai & Sayang Isteri!

“Mula-mula tak berani juga sebab saya bukan boleh tengok darah, boleh pitam. Bagaimanapun, saya beranikan diri. Hampir nak muntah mulanya, tapi berjaya tahan.

“Lepas tengok isteri meneran, kemudian nampak sikit-sikit kepala bayi keluar tu, memang buat diri rasa insaf. Buat saya rasa lebih menghargai dan sayang isteri selepas ini,” ceritanya.

Menurut Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat bersalin sekitar pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Agak lama juga tunggu selepas doktor induce dari pukul 10 pagi sebab dah genap 40 minggu.

Ads

“Lepas Tengok Isteri Meneran…” Pertama Kali Tengok Proses Bersalin, Cef Naem Insaf, Nak Lebih Hargai & Sayang Isteri!

“Syukur, semuanya sudah selamat. Nama pun belum ada lagi. Insya-Allah nanti nama saya akan kongsikan selepas tujuh hari,” katanya.

Sementara itu, Naem menerusi satu hantaran di Instagram miliknya juga turut berkongsi gambar  bersama bayi perempuan tersebut, namun tidak didedahkan lagi wajahnya.

 

Ads

Katanya lagi, isterinya yang juga merupakan seorang pegawai polis itu akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.

Sebelum itu juga Chef Naem turut memuat naik satu hantaran yang lain memohon doa dari semua agar dipermudahkan urusan mereka yang akan menimang cahaya mata.

 

Ads

 

View this post on Instagram

 

Salam Jumaat. semoga urusan kami dipermudahkan. amin 😄🙏 #blessed

A post shared by Naem Ramli (@chefnaem) on

Naem mendirikan rumah tangga dengan Syazwani pada 10 Ogos 2018.

Naem mula mencipta nama apabila menjuarai program realiti masakan, Hero Oven pada 2016.

Sumber: Gempak & IG chefnaem

Baca: 26 Jam Tahan Sakit ‘Contraction’, Fara Hazel Kini Bergelar Ibu. Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Berat 3.57kg

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI