Lepas terjerit pada anak mesti menyesal. Ini antara salah satu situasi yang biasa berlaku pada ibu bapa yang seharian penat bekerja dan bila anak buat perangai memang tak boleh nak kawal kemarahan itu.

Katakanlah, pada satu hari yang sukar, anda baru pulang dari kerja dan anak kecil anda buat perangai, anda tidak mampu lagi menahan rasa marah, tertekan, dan runsing.

Anda pun menghempas pintu, mengatakan kata-kata yang melukai hati anak, dan meninggikan suara.

Si kecil itu menangis dan anda pula mula berasa buntu dan semakin tertekan. Jika ini terjadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah:

1.     Berhenti dan Bernafas

Anda mungkin terfikir, cara apakah ini? Sebenarnya, langkah ini mudah untuk disebut tetapi percayalah, sukar untuk dibuat, terutamanya dalam keadaan diri kita yang sedang keletihan, marah dan tertekan.

Jadi, apabila anda perasan yang darah anda mula menyirap dan hampir hilang kawalan diri, berhenti seketika apa yang anda sedang lakukan dan tarik nafas dalam-dalam beberapa kali.

Percayalah, fikiran anda pasti akan lebih tenang dan anda mula perasan yang jantung anda tidak lagi berdegup kencang.

Lepas Terjerit Pada Anak Mesti Menyesal. Tak Mahu Anak Terasa Buat 4 Cara Ini

IKLAN

2.     Minta Maaf

Kita sebagai ibu bapa sering mendidik anak kita supaya meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Ini adalah masa yang sesuai untuk mengajar melalui tauladan.

Selepas anda bertenang, minta maaf kepadanya. Ia lebih berkesan jika anda menghampiri anak anda, menyentuhnya, dan turun ke aras mata si kecil anda. Ia memberikan rasa percaya dan dekat pada anak itu.

Minta maaf yang anda menjerit padanya, minta maaf yang anda telah menakutkannya dan minta maaf kerana anda gagal mengatasi keadaan secara matang.

Ia secara tidak langsung mendidik anak anda yang ibu bapa juga tidak lari dari membuat kesilapan dan apa yang penting adalah kita mengambil tanggungjawab atas kesalahan kita sendiri.

3.     Beri Penjelasan

Ingat tak tadi kita telah baca yang apabila anak kecil sedang dimarahi, keupayaan otaknya untuk menerima maklumat telah terhenti? Jadi, kali ini, semasa anda sedang berbaik dengannya, cuba sekali lagi untuk memberitahu apa kesilapan yang dia telah buat.

IKLAN

Ketika anda tenang, barulah si kecil itu lebih mudah untuk menerima pengajaran dari anda.

Lagi satu tip penting ketika sedang memberi penjelasan kepada anak tentang kesilapan mereka adalah: pastikan anda tidak menggunakan kata-kata yang berbunyi seolah-olah menyalahkan peribadi anak.

Menurut kajian, “Ibu bapa yang belajar untuk memulakan ayat dengan “saya” atau “ibu” berbanding “kamu” boleh mengubah cara perbualan daripada yang berbentuk menyerang kepada berbentuk mendidik.”

Lepas Terjerit Pada Anak Mesti Menyesal. Tak Mahu Anak Terasa Buat 4 Cara Ini

Jadikan ia habit untuk menerangkan apa yang anda tidak suka dan tambahkan apa yang anda suka atau harapkan dari anak anda.

IKLAN

Dalam erti kata lain, elakkan dari menyebut:

“Aina pukul ibu tadi. Aina tak sayang ibu ke? Tuhan marah tau. Kalau Aina buat lagi, siaplah!”

Katakan seperti:

“Ibu marah tadi sebab Aina pukul ibu. Tak baik pukul ibu sendiri. Tuhan marah. Ibu sedih bila Aina sakitkan ibu. Ibu tak mahu Aina buat lagi”

Ia akan Terjadi Lagi – Latihan Serta Ilmu Keibubapaan Akan Membuatkan Kita lebih Mahir Mengawal Marah

Semua orang akan melakukan kesilapan. Sebagai ibu bapa, antara kesilapan yang sukar untuk kita elakkan adalah hilang kawalan marah dan berkata kasar kepada anak-anak.

Apa yang penting adalah kita terus mengakui kesilapan dan segera mencari jalan untuk berbaik dengan anak-anak supaya dapat terus mendidik mereka secara berkesan!

https://my.theasianparent.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI