Bagi ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pasti pernah terdetik mengatakan diri berasa lelah dalam membahagikan masa sedia ada untuk pelbagai urusan. Hal ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan bayi yang mana memerlukan anda memerah susu untuk bekalannya sepanjang waktu bekerja. Pada waktu malam pula, masih perlu susukan bayi mengikut permintaannya.

Ada waktunya, tidur malam terganggu apabila bayi kerap terbangun daripada tidur dan mahu menyusu. Walaupun penat, ketahuilah bahawa menyusukan bayi pada waktu malam adalah sesuatu yang memberi banyak faedah kepada diri anda sendiri yang sudah tentu mahu berjaya menyusukan bayi selama yang mungkin.

Untuk memotivasikan diri, mari ambil tahu kepentingan penyusuan malam kepada kesayangan dan diri anda juga.

  1. 20% jumlah penyusuan dalam 24 jam

Tahulah anda bahawa 20% penyusuan bayi sepanjang hari adalah daripada penyusuan pada waktu malam? Oleh sebab itu, penyusuan malam sangat penting untuk proses perkembangan dan pertumbuhan bayi anda.

Jangan Putus Asa Walaupun Letih Menyusu Malam. Ibu Kena Jadikan 7 Fakta Ini Pembakar Semangat!

  1. Saiz perut bayi kecil

Perut bayi masih kecil. Ia hanya mampu memuatkan susu dalam jumlah yang sedikit dalam satu-satu masa. Oleh sebab itu dia tidak mampu menyusu dengan banyak dalam satu sesi penyusuan. Tambahan pula, bukankah susu ibu cepat hadam? Atas sebab ini jugalah bayi kerap mahu menyusu pada waktu malam demi memenuhi keperluannya.

IKLAN
  1. Bantu penghasilan susu ibu

Penyusuan yang dilakukan dengan kerap pada waktu malam akan membantu anda merangsang  tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu agar dapat memenuhi keperluan bayi di hari-hari yang berikutnya.

Jangan Putus Asa Walaupun Letih Menyusu Malam. Ibu Kena Jadikan 7 Fakta Ini Pembakar Semangat!

  1. Kurangkan masalah bengkak susu

Jika payudara terlalu penuh dan bayi tidak disusukan atau tidak berjaya mengosongkannya dengan baik, anda berisiko untuk mengalami masalah bengkak susu. Jadi biarkan bayi menyusu mengikut permintaannya agar anda dapat mengelakkan masalah sebegini daripada berlaku.

IKLAN

5. Perancang kehamilan semula jadi

Penyusuan susu ibu adalah salah satu cara semula jadi tubuh mencegah kehamilan. Dalam kebanyakan penelitian, wanita yang kurang menyusukan bayi pada waktu malam lebih mudah hamil semula berbanding wanita yang kerap melakukannya.

Jangan Putus Asa Walaupun Letih Menyusu Malam. Ibu Kena Jadikan 7 Fakta Ini Pembakar Semangat!

IKLAN

6. Ajar bayi kenal siang dan malam

Menurut kajian, selepas usia bayi dua bulan, dia akan mula menerima pengaruh hormon daripada anda. Susu ibu mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidurnya.

Kandungan tryptophan dalam susu ibu dipengaruhi oleh kitaran tidur anda juga. Dengan penyusuan waktu malam, secara tidak langsung, bayi dapat belajar mengawal selia waktu tidurnya dan pada masa yang sama mengenal waktu siang dan malam.

7. Mengurangkan risiko SIDS

Penyusuan waktu malam mampu mengurangkan risiko bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Informasi yang dikongsikan oleh National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa bayi yang tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS sehingga 56%.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI