Ramai mak-mak mudah rasa stres kalau anak jenis susah makan. Apa pun yang dihidangkan semuanya ditolak.
“Eh, susah betul nak bagi anak aku makan. Semua dia tak nak. Letih masak, dia tolak semuanya,” keluh Nisa tentang perangai anaknya yang susah makan.
Masalah si kecil tak nak makan adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai ibu. Biasanya kanak-kanak yang susah makan digelar sebagai picky eater.
IKLAN
Picky eaterbermaksud anak masih mahu makan bermacam jenis makanan, sama ada yang biasa dimakan atau yang tak pernah dimakan tapi menolak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ini ada kaitan dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.
Walaupun memilih makanan, kanak-kanak picky eater masih boleh makan sejenis makanan dari setiap kategori karbohidrat, protein, dan sayur/buah. Contohnya kalau anak tak mahu makan nasi, tapi dia masih mahu makan roti.
IKLAN
Selective eateradalah kanak-kanak yang menolak semua jenis makanan dalam kategori makanan tertentu. Contohnya dia langsung tak mahu makan makanan dalam kategori karbohidrat, sama ada nasi, roti, atau mee.
IKLAN
Sebenarnya, picky eater pada anak adalah satu perkara yang normal kerana secara umumnya semua kanak-kanak akan melalui fasa memilih makanan pada usia 2 hingga 3 tahun. Lain halnya dengan anak selective eater yang berisiko mengalami kekurangan zat dan khasiat tertentu.
Kalau anak mengalami masalah susah makan yang cenderung picky eater, maka anda perlu tahu punca utama anak mengelakkan makanan seperti tak suka tekstur, rasa, dan lain-lain.
Sekiranya anak memang ada masalah di kawasan mulutnya seperti sensori oral dan motorik oral, maka perangai picky eater itu boleh jadi adalah salah satu gejala ketidakstabilan kawasan mulut. Akibatnya, timbul reaksi si kecil jadi memilih-milih makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak mula buat bising, sepah, mengada-ngada dan berusaha keras untuk membuat adiknya menangis, ibu ayah kena semak balik cara berikan perhatian kepada anak, cukupkah sebenarnya?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa supaya menjadi lebih baik.
Jangan menyalahkan anak semata-mata kerana kenakalannya, selalu ‘buat hal/ buat perangai’ sebaliknya periksa kembali cukupkah perhatian yang mereka dapat daripada ibu bapa. Adakah layanan sambil lewa yang diberi memadai sedangkan gajet dan telefon sentiasa di tangan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Tanda anak dahagakan perhatian
Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.
Namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.
Anak yang terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.
Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:
Memotong percakapan anda.
Sering menganggu perbualan telefon.
Sering membuat bising.
Suka buat sepah.
Manja mengada-gada contohnya walaupun anak itu sudah umur 5 tahun, namun masih minta untuk dipakaikan baju.
Berusaha membuat adik menangis/Melakukan sesuatu kepada adik (pukul/conteng muka adik).
Menangis tanpa sebab yang jelas.
Sengaja buat kesalahan yang memang diketahui akan membuatkan ibu dan ayah marah
Mereka reka cerita (Contohnya memberitahu mereka demam walaupun mereka tidak demam pun).
Suka buat sesuatu untuk impress ibu dan ayah. Contoh mereka cuba untuk panjat pagar atau berusaha masak sesuatu di dapur.
Semua tanda-tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.
Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.
Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?
Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh-sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.
LAYANAN SAMBIL LEWA
Pemahaman anak itu kadang berbeza. Walaupun kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.
Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.
Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.
3 TIP ELAK ANAK TERLALU DAHAGA PERHATIAN & KASIH SAYANG
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.
1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.
Contohnya anak ajak anda bermain.
Kalau anda sibuk, jangan katakan ” Jangan kacau ibu boleh?”
Tetapi sebaliknya katakan.
“Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama”
Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.
2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.
Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.
Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.
Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.
Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.
3. Sentiasa ada special time bersama anak.
Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.
Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.
Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.
Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.
Dikala negara di landa jerebu yang teruk ini, ibu bapa patut memanfaatkan permainan indoor sebaiknya ketika berada di rumah. Hujung minggu ini penuhkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk anak kecil kita. Salah satunya adalah menyusun block-block kecil ini beramai-ramai.
Menurut Dr Nurhaya Yacob, block sebenarnya bukan permainan yang dianggap remeh tetapi sebaliknya amat membantu perkembangan motor halus anak. Malah deria anak juga dirangsang sebaiknya dengan permainan mudah tetapi bermotif ini.
Hari ini jerebu melanda dengan begitu meluas dan tebal sekali. Guru playschool anak-anak semalam mengirim pesanan melalui whatsapp bahawa sekolah akan di tutup selama 2 hari. Maka ligatlah kepala mak ni fikir apa nak buat hari ini.
?TING! Jom main block. Block ni yang bestnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.?
Bermula dari anak meniarap sampai la mak paknya dapat menikmati bermain block ni. Maka maknya akan buat pengumuman bahawa “jom kita main blockkk” dan pasti berbrondongan lah tiga tentera berkawat datang kat mummy dia.
Nak tahu, sebenarnya permainan block ni ada 6 peringkat.?
Peringkat 1: Main pegang-pegang je dulu, bawa sana sini, baling-baling. Ha ni semua dapat membantu motorik halus anak dalam memegang sesuatu barang kelak. Anak umur 4 bulan pun boleh pegang kan. Betul tak. Bayi dan anak yang baru mahu belajar berjalan boleh gunakan block untuk meningkatan keupayaan menggenggam dan explore kebolehan tangannya.
Peringkat 2: Menyusun block. Jadi dinding tinggi ke, jalan apa. Haa anak-anak usia 1 tahun dah mula buat.
Peringkat 3: Menyambung-nyambungkan hasil binaan. Dinding boleh sambung jadi bentuk 4 segi dan kemudian jadi rumah. Tapi pada peringkat ni belum tentu jadi rumah. Sambung,-sambung je dulu. Usia 2 tahun sudah boleh lakukan ini.
Peringkat 4: Mula membentuk hasil binaan yang lebih bermakna seperti rumah, kereta, bagunan dan sebagainya. Usia 2 tahun ke atas ada yang sudah boleh buat.
Peringkat 5: Membuat hasil binaan yang bermakna dan bercerita tentang hasil binaannya dengan bahagia.
Peringkat 6: Dramatic play/play role dengan hasil binaan yang lebih kompleks. Selalunya mereka akan bina sesuatu yang mereka sedang suka seperti dinasor ke, ikan ke, kereta ke dan membawanya kan mereka sebahagian dari binaan itu. Mereka akan bercerita seperti sangat nyata!
Anak-anak usia 3 – 4 tahun sudah boleh melakukan ini. Mereka boleh menggunakan block untuk memperbaiki kemahiran motor kasar dan halus dengan membina struktur yang kompleks yang memerlukan keseimbangan, tangan yang stabil dan pastinya koordinasi mata dan tangan.
Lego adalah contoh brand mainan block yang sudah di berikan karakter dari binaannya dan anak-anak akan berimaginasi menurut karekter binaan itu.Bestkan!
Jerebu di luar rumah, di dalam rumah kita masih boleh bermain ria insyallah! Begitulah kita ibu bapa pun belajar beradaptasi apabila jadual berubah drastik tidak seperti yang di jangka!
Jom bermain! Main bukan sebarang main, main bermotif gittew. Semoga tiada kejadian emak engkau hijau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak apa yang kita selalu buat pada anak, mereka akan ikut dan buat semula. Kenapa ya? Soalan ini yang kerap diajukan oleh ibu bapa. Jawapan paling mudah adalah anak akan lihat, serap apa yang didengarnya ibarat seperti span.
Maria Montessori, antara tokoh terkenal yang memperkenalkan idea ‘The Absorbent Mind’ di kalangan kanak-kanak.
Apa maksudnya? Dengan bahasa mudah, otak manusia berfungsi untuk menyerap segala informasi dari sekeliling dengan deria yang ada. Hebat kan?
Otak juga berbeza antara otak kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Montessori lagi, orang dewasa memerlukan 60 tahun untuk menyamai fungsi otak kanak-kanak 3 tahun pertama! Fuh.
Sebab itu kita katakan pada 6 tahun pertama ada satu tempoh yang sangat kritikal. Otak kanak-kanak telah mencapai 85% kapasiti struktur otak utama (core brain structure). Ini membenarkan otak kanak-kanak menjadi asas yang kukuh untuk berkembang selepas umur 6 tahun.
Tiada apa yang salah bila kita sebut otak kanak-kanak ibarat span! Sebab ia akan serap apaaaa sahajaaaa yang ada disekeliling.
Bayangkan ada span depan mata. Ada banyak jenis air. Air kosong, Air sirap, Air milo basi, Air longkang, Air hujan, air peluh, Air musyammas (eh). Kalau kita campak span ke atas air tersebut, apa yang span buat?
Betul! Ia akan menyerap semua air yang ada. Selagi kapasiti serapan span itu tidak dipenuhi.
Air kotor ke, air bersih ke, air manis ke, span tetap bertindak sebagai span iaitu menyerap!
Berbalik kepada otak kanak-kanak, keperluan untuk menyediakan persekitaran yang positif amat perlu dan penting dari pelbagai perkembangan.
Contohnya,
Dalam perkembangan bahasa, ibu bapa digalakkan untuk menggunakan perkataan penuh berbanding pelat. atau, dewasa dilarang untuk berkata perkataan kesat. Sebab otak kanak-kanak akan menyerap semua perkataan tersebut tidak kira perkataan yang baik atau buruk.
Kita juga dilarang untuk menengking kanak-kanak kecil, dan memperbanyakkan pujian. Sebab ia memberi kesan kepada emosi kanak-kanak. Jadi, kita nak anak-anak kita ada emosi yang positif atau negatif?
Cantik Allah cipta otak manusia ni. Dan kita hampir tahu bagaimana ia berfungsi dengan baik. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan stimulasi yan positif kepada anak-anak.
Salah memberi ransangan akan memberi kesan yang berpanjangan kepada perkembangan mereka.