Pernah tak bilaanda nak mop lantai anak pun sibuk nak mop juga? Ya, anda bukanlah orang pertama yang rasa anak mungkin menyibuk. Tapi ketahuilah ia adalah proses yang perlu dilalui untuk menjadi anak yang sukakan kebersihan dan kekemasan. Prosesnya mesti menyeronokkan!
Masa kecil sepatutnya anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti mengemas rumah. Jangan rimas dan rasa terganggu dengan kehadiran anak dalam menyudahkan tugas menyusun atur kediaman agar sentiasa bersih.
Yakinlah ia adalah permulaan untuk menerapkan sifat yang sukakan kekemasan dan kebersihan. Perkongsian daripada ibu kepada lima orang anak, Puan Widyana Ali ini boleh dijadikan panduan.
Masa saya kecil rasanya belum umur tujuh tahun, satu hari, ibu saya ada upah seorang lelaki India untuk bersihkan laman dan longkang di halaman rumah. Saya perhati je Uncle tu buat kerja.
Sambil bersihkan longkang, Uncle tu ceramah kat saya.
“Adik.. Adik kena tolong Ibu buat kerja. Ibu sudah tua kesian sama Ibu”
Masa dengar tu saya macam terfikir eh Mak saya muda lagi kot. Kenapa cakap Mak saya dah tua. Hahaha. Sampai sekarang saya ingat pesan Uncle tu. Pesanan yang simple, tapi berbekas di hati.
Sebenarnya Uncle tu nasihatkan supaya kita bantu ibu ayah buat kerja rumah sejak kecil.
Tak perlu tunggu ibu jadi tua pun.
Percaya atau tidak anak seawal umur dua tahun sudah boleh disuruh untuk buat kerja yang mudah macam lap lantai, membuang sampah kecil ke dalam tong sampah di dapur, mengutip mainan dan banyak lagi?
Saya ada nak share sedikit bagaimana saya dan suami latih anak-anak buat kerja rumah. Mudah sangat. Anak-anak kami berumur bawah 12 tahun.
Pertama : Children see, children do
Kita buat dulu nanti setiap hari anak lihat dan perhati.
Dalam mendidik anak, kita tak boleh hanya bagi arahan. Kita kena buat sama-sama ajak mereka cuba buat. Nanti lama kelamaan mereka akan terikut dengan rutin biasa kita buat.
Ads
Kedua: Buat rutin buat kerja rumah sebagai benda yang menyeronokkan
Kena tunjuk kita SERONOK buat kerja.
Bila anak tengok kita happy membersihkan rumah. Mereka juga akan rasa happy nak buat dan nak tolong. Kenapa happy? Sebab mereka mesti tanya.
” Kenapa Mama suka vacuum dengan mop rumah? “ “Supaya rumah kita bersih. Suka tak rumah bersih? “ “Suka!”
Ada ke orang yang tak suka rumah bersih? Fitrahnya mesti anak kecil pun suka bila rumah bersih kan.
Ketiga: Semua orang mesti buat kerja sama-sama. Anak lelaki atau perempuan.
Tak ada beza anak lelaki dan anak perempuan.
Selalu saya akan cakap pada Bashir, Dhia dan Fina, Mama kena ajar awak semua buat kerja rumah supaya nanti besar pandai nak urus diri, rumah dan keluarga. Baik lelaki mahupun perempuan.
Kalau tak biasa buat dari kecil nanti besar tak biasa buat kerja rumah. Dulu masa Mama kecil pun Mama suka sangat kemas rumah, rasanya sejak sekolah rendah Mama suka sangat buat kerja rumah.
Mungkin dah biasa tengok mak Mama setiap awal pagi akan sapu dan mop lantai di rumah. Jadi Mama pun membesar jadi suka sangat membersih dan mengemas.
Ads
Keempat: Saling bantu membantu buat kerja rumah.
Yes. Semua orang perlu terlibat.
Abah bantu masukkan baju dalam mesin basuh dan mesin pengering, buang sampah, potong buah untuk anak makan, hidangkan makanan, tukar pampers Saeed dan uruskan anak-anak.
Bashir, Dhia dan Fina bantu buang sampah ke dalam tong besar, kemas dalam kereta, simpan mainan, vacuum, mop lantai, lap perabot, sapu laman, susun kasut dan selipar, basuh laman luar dan belakang, basuh dan lap pinggan.
Kelima: Puji walaupun kerja yang dibuat tak sempurna
Puji anak-anak bila mereka buat kerja walaupun kerja yang dibuat tak sempurna atau kerja yang mereka buat jadi makin bersepah. Yang penting mereka cuba.
Nisreen (4 tahun) dan Saeed (umur 18 bulan) pun ada tugas mereka.
Nisreen biasanya akan ambil kain microfibre basahkan dengan air di sinki, perah dan lap meja, atas drawer, atas tangga, besi tangga dan mana-mana yang dia sampai. Selalunya Mama tak suruh pun dia buat sendiri. Mungkin dia suka.
Ads
Biasanya sebelum kakak-kakak dan abang pulang dari sekolah, Nisreen akan kemas semua yang dia main sampai teratur semula.
Seawal umur 1 tahun setengah Saeed dah boleh ambil mop yang Mama dah siap spin airnya dan dia akan tolak mop tu lap lantai setakat mana kemampuannya.
Kalau Mama sedang vacuum Saeed akan ambil batang vacuum cuba nak buat juga tapi sebab Saeed masih kecil biasanya Mama akan pegang vacuum dan tangan dia tunjuk cara. Nanti dia puas hati sebab dapat cuba. Happy.
Bila dengar arahan mudah macam tolong buang sampah atau simpan mainan. Saeed akan buat dan bantu kemas.
Jadi, seluruh rumah akan jadi teratur dan bersih. Bersih tu bukan kata perfect siang malam macam showroom. Tapi sekurangnya tidak kotor dan selesa.
Alhamdulillah benda yang kita terapkan awal-awal masa mereka kecil ni senang diserap oleh mereka. Sekarang dah jadi rutin, mereka buat tanpa disuruh.
Paling penting, 18 tahun akan datang.. Anak anak akan berterima kasih kepada kita sebab ajar mereka buat kerja rumah sejak kecil.
BILA TUA KITA TIDAK JADI HAMBA KEPADA ANAK
Dan pada masa tua kita, kita tak perlu menjadi hamba kepada anak- anak kita. Nauzubillah.
Saya ada kenal seorang kakak yang setiap beberapa hari, beliau ke rumah ibunya untuk menyapu dan bantu kemas rumah ibu.
Saya ada juga seorang makcik di Johor yang rutin mingguan mereka bila pulang ke rumah ibu, sebelum bertolak kembali ke rumah mereka sendiri. Suami dan isteri akan sama-sama bersihkan semua bilik air, ruang tamu dan dapur siap masakkan untuk si ibu tadi.
Masha Allah.
Anak-anak sebegini yang kita harapkan nanti di usia tua kita.
Mama dan papa usahlah stres sangat bila anak tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain. Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya.
Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Tak Perlu Stres Anak Tak Pandai Macam Anak Orang Lain
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Ada Kelebihan Mereka Yang Kita Kena Gilap
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
ANDA HANYA PERLU TAHU BAHAWA ANAK ANDA YANG MUNGKIN SEKARANG LAMBAT SIKIT DI DALAM BIDANG YANG DIBANDINGKAN ITU, ADA KELEBIHANNYA TERSENDIRI. BERKAT KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN TUNJUK AJAR YANG PENUH HORMAT DAN KASIH-SAYANG ANDA KEPADA ANAK INI, DIA AKAN MEMBUATKAN ANDA BANGGA DAN ANDA AKAN BERASA SANGAT BERSYUKUR MENGANDUNG DAN MEMBESARKANNYA.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Setelah menyambut kelahiran cahaya mata, mak ayah jangan terlupa atau melengahkan pendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini penting.
Pendaftaran adalah percuma dan perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran.
Sebagai persediaan awal, ini panduan dan kelengkapan dokumen yang perlu mak ayah sediakan ketika mendaftarkan anak seperti perkongsian Hai Momy di laman TikTok.
1. Bawa surat doktor yang diserahkan semasa proses discaj
Selepas isteri keluar hospital, doktor bertugas akan memberi satu surat yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda.
Jadi, bawalah surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda untuk proses pendaftaran kelahiran.
2. Dokumen penting yang perlu dibawa
Mereka yang pertama kali melakukan pendaftaran kelahiran selalu tercicir dokumen atau mengalami masalah dokumen tidak lengkap.
Oleh itu, sebelum bergerak ke JPN, pastikan:
Borang pendaftaran kelahiran
Borang pengesahan kelahiran (asal)
Dokumen pengenalan diri ibu dan ayah (asal dan salinan)
Sijil nikah (asal dan salinan)
Buku ibu hamil atau buku pink (asal dan salinan)
3. Dapatkan nombor giliran di kaunter
Dalam tempoh ini, anda boleh lengkapkan dokumen berkaitan kelahiran dan mengisi nama pilihan untuk si manja.
Kemudian tunggu nombor giliran anda dipanggil dan pastikan butiran di dalam dokumen permohonan tersebut betul.
4. Proses pendaftaran siap
Kebiasaannya proses pendaftaran kelahiran siap dalam tempoh 10 minit sekiranya segala dokumen penting lengkap.
Selepas menerima surat beranak si manja, pasti anda akan diselubungi rasa terharu.
Paling penting, anda perlu melakukan pendaftaran dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran kerana kelewatan akan merumitkan proses kelulusan.
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah, bukan di sekolah bersama guru-guru. Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak.
Pun begitu, ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis, ada mak ayah yang buntu untuk melakukan aktiviti dengan anak. Bukan culas tetapi tidak punya waktu untuk merancang aktiviti.
Apa mak ayah perlu buat? Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol berkongsi tip untuk mak ayah menjadi learning coach yang terbaik di rumah.
4 Tips Kepada Ibu Bapa Menjadi Learning Coach di Rumah
Sekarang ni ibu ayah merupakan learning coach anak-anak di rumah. Ia tugas yang berat sebenarnya. Saya juga mengalaminya. Kadang-kadang tidak terbuat. Buat mana yang penting sahaja. Yang tak sempat saya tinggalkan dulu. Kita alami situasi yang sama. Jangan risau.
Nak share sedikit tips menjadi learning coach kepada anak-anak di rumah.
1. Introduction. Verbally ajak anak-anak untuk join sesi kita tu. Kalau istilah pendidikan kita panggil induksi. Tarik minat diorang ni dengan reward ke, music ke, mainan ke or anything.
You know your kids better. Yang ni sangat penting sebab habis je belajar, dia akan demand reward dia. So motivation juga sebenarnya untuk anak-anak.
2. Direct instruction – part ini macam active teaching, tunjuk demo bla bla bla. Buat demonstration menggunakan bahan-bahan, material atau mainan.
Terpulang kepada ibu ayah. Kalau istilah pendidikan, ada nama dia bahan maujud dalam pembelajaran. Boleh guna bahan sedia ada kat rumah.
Kalau istilah therapeutic sikit kita panggil multi sensorial material. Sebab konsep dia adalah benda tu boleh pegang, sentuh, cium, bau rasa, gerak-gerak sikit. Semua guna deria kitalah. Ni kalau ibu ayah beri guide, anak-anak kena cuba benda yang sama. Dia pun try sama.
3. Guided practice – part ini kena guna relevant workbook or activity book. Good materials menyumbang kepada success. Meaning dia buat, kita tengok betul ke tak. Yang ni time consuming lah sikit sebab perlu beri perhatian apa yang dia buat. Kalau dia lambat, sampai menguap jugalah kita tunggu tengok.
4. Independant practice – Walaupun nama dia independant, tapi kena ada quality supervision lah jugak from parents. Haha. Kalau saya, part supervision ni boleh buat sambil tengok handphone kat tangan huhuhu. Typical parents nowadays sungguh.
Sebab itulah, ibu ayah kena cari good materials (no.3) untuk anak-anak belajar di rumah yang sesuai dengan tahap anak dan material tersebut terus membantu mereka excel. Kalau mudahnya, guna sahaja buku aktiviti sekolah bagi.
Kalau target untuk reading, cari buku-buku yang sesuai untuk membaca. Reading development adalah pada umur 9 tahun ye. So, kalau anak masih belum boleh membaca lancar ketika 7 dan 8 tahun, boleh slowly ajar dan cari material yang sesuai untuk membaca.
Jangan lupa, active teaching (no. 2) sangat diperlukan jika menjadi learning coach di rumah.
Paling penting no.1 tu jangan abaikan motivation anak-anak untuk belajar. Saya tak nafikan reward ini membuatkan anak lebih suka nak belajar. Kalau tak ada reward, semangat pun down. Umpan lah mereka dengan cikedis ke sekali sekala or game ke or screen time ke. Mana yang mampu.
Kalau kita tak sempat, ambillah sedikit ruang dan masa untuk jadi learning coach anak-anak. 15-20 minit sehari pun sudah cukup. Kalau susah sangat, selang sehari pun okay. Jangan tak buat langsung.
Lakukanlah perkara baik untuk anak-anak hari ini semampunya supaya mereka boleh mengucapkan terima kasih kepada kita di kemudian hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.