Seperti yang semua sedia maklum, Mawar Karim mendapat konsultasi daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan terkemuka iaitu Dr Hamid Arshat.

Bertuah dirinya dan si comel, Wan Maryam dengan kesempatan yang dianugerahkan itu. Daripada situ, Mawar dibimbing sejak hamil dalam usaha merangsang kepintaran anak kesayangan.

Mawar Karim Ikut Panduan Dr Hamid Arshat Cara Rangsang Anak Pintar. Patutlah Maryam Nampak Bijak“Sepanjang mengandung, saya amalkan habbatus sauda, minyak zaitun, pati delima dan ambil suplemen seperti kalsium, omega 3, asid folik. Saya juga makan kurma Ajwa, susu kambing dan susu lembu segar. Stok makanan ini memang sentiasa ada di rumah.

Dr Hamid Arshat nasihatkan saya supaya jaga pemakanan. Kesemua ini saya amalkan sejak sebelum hamil, diteruskan semasa hamil dan berterusan sehingga sekarang. Saya ikut apa sahaja yang Dr Hamid galakkan.

Lagipun makanan-makanan ini tidak hanya bagus untuk wanita hamil. Semua orang pun patut amalkannya demi memastikan tahap kesihatan diri berada di tahap optimum sepanjang masa.
 
Selain daripada itu, Maryam dirangsang sejak dalam kandungan sejak umurnya empat bulan. Dr Hamid pesan, masa ini roh sudah masuk. Jadi, ibu bapa kena selalu berbual-bual dengan anak dalam kandungan. Perbualan yang ringkas pun tak apa. Contohnya saya pernah tanya Maryam, “Kalau nak makan nasi kandar, tendang.” dan dia memang menendang! Doktor kata anggap sahaja bayi seperti ada di depan mata.

IKLAN

Masa mengandung juga saya ada amalkan suluh perut guna lampu suluh. Ada waktunya saya suluh kad khas yang berwarna-warni ke arah perut untuk kenalkan Maryam dengan warna-warna asas.”

Rangsangan selepas kelahiran

“Sekarang, saya guna kad imbasan. Saya tak dedahkan Maryam dengan gajet. Kalau ada pun TV, untuk dia tonton program Baby TV. Selain itu, saya juga gunakan soft book. Saya ambil masa pada waktu pagi setiap hari untuk sesi ajar dia gunakan alat bantu mengajar ni.

Dr Hamid rancang, sebaik umur Maryam dua tahun, dia akan tahu bercakap dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Arab. Sekarang Maryam ikuti kelas Timang Aktif Otak. Kelas ini membantu bayi dan kanak-kanak mengaktifkan otak. Saya ikutinya sebulan sekali sejak mengandung lagi. Selepas lahir, Maryam pula pergi dua minggu sekali.

IKLAN

Dr Hamid dan coach cuba nak lihat perkembangan yang ditunjukkan oleh Maryam sejak dalam kandungan hingga dia besar nanti.

Sekarang saya dah mula ajar Maryam dengan asas A-B-C dan 1-2-3. Kata Dr Hamid, umur kosong hingga dua tahun adalah jangka masa anak kecil menerima apa sahaja yang diajar. Otaknya masih kosong, jadi dia akan menerima semua bentuk ajaran yang diberi dengan mudah. Saya gunakan kesempatan ni dengan ajar Maryam belajar bahasa lain selain daripada bahasa Melayu juga. Saya ajar perkataan-perkataan asas menggunakan Google.

Mawar Karim Ikut Panduan Dr Hamid Arshat Cara Rangsang Anak Pintar. Patutlah Maryam Nampak Bijak

IKLAN

Sebenarnya, bagi saya ibu bapa perlu rangsang anak-anak daripada bayi. Anak-anak perlukan bantuan untuk jadi pandai. Jadi, ibu bapa kena ajar dan didik anak-anak untuk ke arah kebaikan perkembangan otak dan diri anaknya itu.

Apa yang saya nampak, sejak daripada hari pertama dilahirkan, Maryam adalah seorang yang alert. Masa suami saya sebut namanya yang kami panggil sejak dalam kandungan, dia terus tercari-cari arah suara orang yang menyebut namanya itu. Lagipun saya dan suami memang kerap berbual-bual dengan Maryam sejak dalam kandungan. Jadi, dia dapat cam suara orang-orang sekeliling yang selalu bercakap dengannya sebelum ini.  

Saya dapati tulangnya juga kuat. Masa dalam pantang seminggu, dia sudah boleh angkat kepala. Malah dalam umur tiga bulan, Maryam sudah boleh meniarap. Nampak keberkesanan amalan yang saya dan suami praktikkan hasil daripada bimbingan Dr Hamid Arshat.”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI