Menjadi ibu antara satu tanggungjawab besar terutama mendidik anak. Kadang kala bila kepenatan ibu akan lebih membebel pada anak dengan tujuan untuk mengajarnya. Namun cara yang digunakan mungkin agak kasar dan tak elok di dengar.

Buat suami, anda kena faham kenapa isteri membebel. Seorang isteri atau ibu tak akan membebel sewenang-wenangnya jika tak ada sebab.

Seperti perkongsian dari  Dr Taufiq Razif, bila seorang ibu atau ayah nak membebel pada anak, kena gunakan teknik yang betul. Bukan main cakap sahaja sehingga anak rasa rendah diri.

Membebel Pada Anak Ada Tekniknya. Bukan Main Lepas Cakap Je!

Bila isteri saya kepenatan saya biarkan je dia bebel anak-anak asalkan berpada-pada dan jaga bahasa supaya tak terkeluar doa-doa yang tak elok untuk anak-anak. Ada masanya, bebel tu jadi terapi juga untuk si dia kan.

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.

IKLAN

Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.

❌ Cara yang salah ❌

Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok dalam bakul

✅ Cara yang Betul ✅

IKLAN

Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

❌ Cara yang Salah ❌

Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

✅ Cara yang Betul ✅

IKLAN

Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

  1. Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.
  2. Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal je 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

Sumber: Taufiq Razif

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI