Ramai yang merasakan memerah seawal dalam pantang satu kemestian yang menentukan susu akan banyak dan cukup untuk anak. Kenapa perlu nak buat stok awal sedangkan waktu pantang adalah masa yang sesuai untuk bonding dengan bayi.

Macam-macam alasan yang diberikan oleh ibu tapi tak tahu risiko yang akan berlaku. Perkongsian dari Puan Ziela Juzaila yang memperjuangkan breastfeeding boleh dijadikan peringatan buat semua ibu.

Saya tidak pernah melarang memerah dalam pantang, teruskan pilihan masing-masing. Saya kongsikan risiko yang boleh dihadapi, walaupun tidak berlaku pada semua orang tapi perlu tahu. Antaranya:

Bengkak susu terjadi kerana breast dirangsang secara ‘extreme’ dan ketika ini penambahan aliran susu yang banyak berterusan menyebabkan breast sentiasa penuh. Rhythm hisapan baby totally tidak sama dengan sedutan pam walaupun ada yang mengatakan begitu. Keadaan ini jika tidak diuruskan dengan baik, akan berlaku plugged duct yang mana boleh menjadi mastitis dan melarat breast menanah kena operate.

Nipple mudah luka. Breast trauma. Geseran corong pam boleh merengsa kulit nipple. Keadaan boleh bertambah teruk apabila anak tidak menyusu dengan lekapan dan posisi yang betul. Nipple terdiri dari lapisan kulit yang sensitif, seawal ini hisapan baby, air liurnya, tekanan lidahnya yang paling efektif mengeluarkan susu dan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak.

Memerah Susu Dalam Pantang Ada Risikonya. Nak Selamat Amalkan Bonding Dengan Bayi Terlebih Dahulu!

Susu yang dihasilkan banyak dan risiko anak tersedak semasa menyusu tinggi. Aliran yang laju boleh menyebabkan ada baby tidak selesa dan menolak direct feeding. Ibu risau dan memerah lagi untuk kurangkan aliran susu. Susu makin banyak dihasilkan. Keadaan yang tidak diurus dengan betul menyebabkan ibu tertekan. Baby meragam serba tak kena. Boleh jadi colic, reflux.

IKLAN

Susu yang banyak dihasilkan melebihi keperluan baby mengandungi laktosa yang tinggi. ‘Sweat milk’ ini boleh menyebabkan berat baby tidak meningkat malah berat boleh menurun jika keadaan ini berterusan. Ada juga keadaan najis baby bertukar ke warna kehijauan dan kerap membuang.

Situasi ‘feed your freezer’ telah berlaku. Memerah dan memerah walaupun adakala tidak konsisten menyebabkan hasil perahan melebihi dari yang diperlukan. Konsep penyusuan yang sebenarnya telah terpesong. Susu perahan penuh dalam deep freezer bukan penentu dapat susukan anak sehingga 2 tahun. Ada stok beribu oz bukan bermakna penyusuan akan berjalan lancar tanpa masalah. Ada banyak perkara yang perlu dipelajari bukan hanya pandai memerah semata-mata.

Memerah Susu Dalam Pantang Ada Risikonya. Nak Selamat Amalkan Bonding Dengan Bayi Terlebih Dahulu!

Bonding dengan pam lebih banyak berbanding bonding dengan baby. Apabila jadual memerah yang konsisten dilakukan, penghasilan susu semakin rancak dihasilkan. Breast yang sentiasa berat sentiasa minta dikeluarkan susunya. Memeganglah pam sekerapnya bagi mengurangkan keadaan tidak selesa. Mula rasa rimas dengan keadaan breast yang tidak reda dan emosi boleh terganggu lebih-lebih lagi bila berlaku bengkak susu yang tidak dirawat dengan sebaiknya menyebabkan mendapat mastitis berulang-ulang kali, melarat hingga menanah dan perlu operation.

IKLAN

Mula berikan susu perahan guna botol. Ini perkara biasa berlaku. Bila sudah ada susu perahan, ada perasaan untuk mencuba berikan susu perahan menggunakan botol. Maka seawal dalam pantang baby sudah kenal flow puting botol yang laju. Baby sudah seronok kerana tidak perlu stimulate sepertimana direct feeding. Nipple confuse. Ada banyak kes baby menolak direct feeding dan selesa dengan botol saja, memerahlah ibu 24jam tanpa direct feeding. EP mom bukan semudah mata melihat.

Tidak faham dengan ragam baby sendiri. Oleh kerana bonding dengan pam lebih berbanding dengan bonding dengan baby, perangai baby yang macam-macam tidak sempat diteliti dan dipelajari. Ragam baby sentiasa berubah-rubah. Meningkatkan bonding dengan baby sekerapnya mampu menenangkan baby.

Memerah Susu Dalam Pantang Ada Risikonya. Nak Selamat Amalkan Bonding Dengan Bayi Terlebih Dahulu!

IKLAN

Contamination berlaku. Ketahanan baby tidak sama. Ada baby sensitif serba tidak kena. Pengendalian susu perahan yang tidak mengikut cara yang betul boleh membuatkan baby tidak mendapat khasiat susu ibu yang sepatutnya. Contamination yang berlaku terutama kepada baby yang kecil dan baby premature boleh menyebabkan infection.

Lambakan stok perahan beku. ‘Feed your freezer’ menyebabkan susu beku yang hanya tahan 6 bulan di dalam deep freezer tamat tempohnya sebelum sempat digunakan. Selalu diingatkan baby di bawah usia 6 bulan sebaiknya diberikan susu perahan fresh dan chilled saja kerana di usia ini, baby sepatutnya mendapat khasiat susu ibu yang optimum untuk tumbesaran dan kesihatannya.

Pesan dari saya, enjoy direct feeding sekerapnya semasa dalam pantang dan berlatihlah marmet untuk melegakan bengkak susu. Cuba pelbagai posisi menyusu dan kerapkan bonding supaya anak lebih tenang.

#ProtectBreastfeeding

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI