Ramai ibu bapa berfikir bahawa memukul anak adalah salah satu cara menunjukkan keseriusan mereka setelah marah mereka tidak diendahkan. Atau sekurang-kurangnya, ia untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak terbabit dan membuatkan kanak-kanak itu lebih taat.

Satu analisis baru yang merumuskan kajian hampir 50 tahun tentang kesan memukul anak mendapati cara ini tidak berkesan untuk mengubah anak secara total. Malah, lebih malang lagi, ia berkemungkinan menimbulkan kesan sampingan yang negatif.

Kajian tersebut mendapati, kanak-kanak yang selalu dipukul membesar menjadi anak yang lebih degil dan lebih melawan ibubapa. Mungkin ia tidak kelihatan seperti itu dihadapan ibubapa mereka menyebabkan ibubapa merasakan tindakan mereka memukul itu adalah berkesan dan betul. Ini kerana kebanyakkan mereka melawan dibelakang ibubapa mereka. Mereka juga mempunyai keadaan mental yang kurang positif, dan berkemungkinan untuk anti sosial.

“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”

IKLAN

– Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas, Austin.

Mungkin ada ibubapa yang perasan, ada anak yang setelah dipukul dengan agak keras, masih mengulang perbuatan yang sama yang menyebabkan mereka dipukul itu. Ada sebahagian kanak-kanak pula yang makin dipukul, makin menjadi-jadi kenakalannya. Ini menunjukkan memukul bukanlah cara yang efektif mengubah perbuatan mereka.

IKLAN

“Fokus analisis kami adalah dikalangan ibubapa di Amerika, dari sisi perbuatan memukul anak sahaja dan bukan memaki atau lain-lain” kata Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas,  Austin.

IKLAN

“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”.

Sumber: islamicparentingnetwork

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI