Anak adalah permata hati bagi ibu ayah.Tetapi apabila anak-anak menunjukkan karenahnya yang mengada-ngada, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar!

Tindakan ibu ayah apabila anak bersifat mengada-ngada kadang kala akan cepat nak marah sehingga anak lagi menunjukkan perangai yang lebih buruk. Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan yang dikongsikan oleh Ibu Farish dalam blognya.

1 – Merengek Tanpa Sebab

Perasaan cemburu memang ada dalam diri manusia dan sukar dibendung. Tidak terkecuali kanak-kanak juga mempunyai perasaan cemburu. Kehadiran adik baru, membuatkannya berasa cemburu apabila dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu dan ayah..

Perasaan cemburunya lebih membuak apabila perhatian yang diberikan pada adiknya melebihi dari dia. Disebabkan itu, dia akan merengek tanpa diketahui sebab munasabah.

Tindakan kita :

Luangkan masa dengannya dan ajak dia bermain bersama-sama.. Diwaktu ini, jangan lakukan perkara lain, hanya fokus kepadanya sahaja. Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya disayangi oleh ibu dan ayahnya.

Mengada-Ngada Tak Tahu Sebab Apa , Memang Boleh Bertukar Jadi Monster. Ibu Cuba 5 Cara Ni

2 – Menangis Apabila Permintaannya Tidak Dipenuhi

Kebanyakan kanak-kanak pasti akan mengamuk tidak kira di mana jua sekiranya permintaannya tidak dituruti. Malahan, ada sesetengah akan berguling-guling dilantai walaupun sudah dipujuk.

Tindakan Kita :

IKLAN

Ibu atau ayah boleh cuba mengalih perhatian anak apabila ternampak tanda-tanda seperti dia akan mengamuk. Contohnya muka anak merah atau mula hendak menangis.

Tenang menghadapi kerenah anak dan elakkan daripada memarahi atau menjerit padanya kerana itu tidak membantu. Memberi pelukan dan ciuman amat membantu untuk menenangkannya.

3 – Memilih Makanan

Masalah memilih makanan ini juga sering dialami oleh ibu-ibu. Bermacam cara dibuat seperti menghidangkan pelbagai jenis makanan namun tetap tidak dapat nak pancing selera anak-anak.

Ada juga sesetengah daripadanya akan meminta ibunya memasak makanan yang dia inginkan, namun selepas dimasak dia langsung tidak menjamahnya. Kerenahnya ini memang boleh buatkan kita hilang kesabaran. Lebih memeranjatkan, mereka meminta kita membeli makanan ringan!

Tindakan Kita :

Kita perlu memastikan waktu makan berjalan dalam suasana yang menggembirakan terutamanya anak-anak. Disamping itu, disiplin waktu makan amat penting untuk mengajar mereka adab tertib ketika makan.

IKLAN

Ajak anak-anak makan bersama-sama anda. Hindarkan memberi snek diluar waktu makan, kerana itu juga menjadi punca mengapa mereka menolak waktu makan. Ini kerana mereka sudah kenyang dengan snek!

Mengada-Ngada Tak Tahu Sebab Apa , Memang Boleh Bertukar Jadi Monster. Ibu Cuba 5 Cara Ni

4 – Suka Merajuk

Kanak-kanak yang suka merajuk adalah kerana hati mereka yang kurang selesa. Mereka marah tidak diberikan perhatian dan mengalihkan marahnya pada merajuk.

Tindakan Kita :

Untuk memujuknya, biarkan dia seketika untuk dia redakan rasa tidak puas hatinya itu.. Kemudian barulah kita pergi kepadanya dan bertanyalah kepadanya dengan penuh kasih sayang sambil memeluknya, mengapa dia bersikap begitu.

IKLAN

Katakan padanya, kita amat menyayanginya dan berharap dia dapat menunjukkan sikap yang baik setiap masa.

5 – Membantah Cakap Anda

Ramai juga ibubapa yang mengeluh tentang sikap anak mereka yang tidak mahu mengikut atau mendengar apa yang mereka perintahkan..

Setiap kali diminta untuk mengemas mainannya, jangan menyepahkan baran mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama, namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh anak-anak. Walaupun kita sudah beritahu itu adalah sikap yang tidak baik.

Tindakan Kita :

Biasakan diri kita untuk mendengar alasan anak, kemudian tanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti perintah kita.

Jelaskan kepadanya mengapa dia harus mendengar nasihat kita dan bercakaplah dengan nada yang lembut tetapi tegas dengan menjelaskan bahawa kita tidak menyukai sikapnya yang tidak menghormati.

Sekarang ibu-ibu dan ayah-ayah sudah faham kan bagaimana kita mahu menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini? Yang penting, kita perlukan banyak kesabaran dalam menghadapi perangai anak-anak ini.

Sumber: ibu farish

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI