Anda mengalami masalah anak lambat merangkak? Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya bermula dalam lingkungan 6 hingga 10 bulan.

Merangkak ini adalah proses permulaan untuk memasuki fasa belajar berjalan sebelum ke peringkat seterusnya. Ibu bapa perlu tahu proses merangkak ni juga dapat kuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk bayi angkat beban dirinya.

Tetapi setiap bayi perkembangannya berbeza-beza juga. Ada yang tidak merangkak tapi terus berjalan. Jadi ibu janganlah bimbang ya.

Cara merangkak pun ada juga beza. Ada yang gunakan tangan dan kaki untuk merangkak. Ada yang merangkak secara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak menggunakan punggung dan kaki.

Bagaimanapun, jika anak anda tidak dapat merangkak mungkin ada faktor menyebabkannya. Berikut adalah punca anak lambat merangkak :-

– Bayi anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan

– Kekurangan nutrisi

– Kurang simulasi merangkak

– Gangguan keseimbangan

Bagi ibu bapa yang ingin merangsang anak merangkak boleh cuba beberapa cara ini:

1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.

2. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.

3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.

4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.

Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.

5. Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.

Sumber: anakibu.com.my

Tinggalkan Komen