Memang baby masih kecil, tapi jangan buat endah ye mama papa. Ketahui 8 perkara yang boleh galakkan perkembangan otak bayi.

Siapa tidak mahu anak yang cerdik. Justeru, aalam mendidik, mama dan papa perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh menggalakkan perkembangan otaknya.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

Pastikan anda melakukan 8 perkara in kepada si kecil. Ia mungkin nampak kecil dan remeh tetapi memberikan makna yang besar kepada mereka.

#1 RESPONS KEPADA TANGISANNYA

Tindak balas anda kepada tangisan bayi boleh membantu bayi rasa selamat, tenang, dan disayangi. Ini secara tidak langsung akan mencipta medan positif di dalam otak si manja.

Apabila anda menenangkannya dari tangisan dan memeluknya, si kecil akan berasa tenang dan ceria. Ini secara tidak langsung akan memberikan isyarat selamat kepada otak bayi.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

#2 BIAR BAYI PERCAYAKAN ANDA

Bayi yang rapat dengan ibu bapanya akan lebih mudah menerokai dan ini mencetuskan sifat ingin tahu kepadanya. Berikan respons yang jelas kepada bayi, jangan acuh tak acuh atau menganggap bayi masih belum mengerti maka ia tidak perlu diendahkan.

IKLAN

Otaknya yang sedang berkembang akan belajar untuk mengerti apa yang berlaku disekelilingnya. Anda sebagai mama dan papa perlu berpakat untuk memberikan respons yang konsisten kepada bayi.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

#3 URUTAN BAYI

Urrutan bayi akan mengurangkan stres dan menjadikan bayi lebih segar. Ia juga turut memberikan kestabilan emosi. Sentuhan penuh kasih sayang akan membantu perkembangannya.

Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diurut tiga kali sehari akan keluar wad lebih awal berbanding daripada yang tidak diurut.

#4 SUARA NADA TINGGI

IKLAN

Apabila bercakap dengan bayi, sebutkan suku kata dengan menggunakan nada tinggi yang ceria. Misalnya katakan “Hai comel mama?” dengan nada ceria dan mesra.

Ada bahagian di dalam otak yang memahami apa yang dituturkan atau input yang diberikan. Ini akan menggalakan penyambungan neuron di dalam otak dab mencipta pelbagai rangkaian yang saling bersambungan. Ini secara tidak langsung akan membantu bayi belajar bahasa, sebab-akibat dan skil merancang.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

#5 JOINT ATTENTION

Apabila bayi menunjukkan sesuatu arah, pastikan anda melihat apa yang menarik perhatiannya itu. Ini akan mencetuskan joint attention yang menjadikan si kecil rasa dia penting. Apa yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan kepadanya mustahak kepada anda. Jangan lupa untuk tunjukkan reaksi dan respons, usah bertangguh dan menganggap bayi tidak tahu apa-apa!

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

IKLAN

#6 BERMAIN

Main permainan yang disukai seperti cak cak, peekaboo. Bayi suka sangat kepada permainan yang berulang-ulang dan melibatkan pergerakan ringkas. Pilih mainan yang sesuai dengan perkembangannya seperti yang jenis gegelang susun bertingkat, atau patung yang keluar daripada kotak apabila butang ditekan. Daripada ini, bayi akan belajar tentang sebab-akibat (cause & effect).

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

#7 SUASANA SELAMAT UNTUK BERMAIN

Wujudkan suasana selamat untuk bayi bermain. Spatial learning seperti di bawah, atas, depan, belakang dan sebagainya akan dipelajari anak apabila mereka mula merangkak atau bergerak. Dia akan mencipta mental maps tentang ruang di sekelilingnya dan rasa selamat.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

#8 NYANYIAN

Nyanyian nursey rhymes atau lagu kanak-kanak melibatkan pergerakan dan sebutan sangat bagus. Berikan pendedahan lebih awal kerana ia aakan membantu bayi menyesuaikan pergerakan badan dan dan bunyi serta pergerakan.Ia juga membantu bayi untuk menajamkan pergerakan motor halus dan kasar.

Mentang- Mentanglah Baby Kecil Lagi, Ramai Buat Tak Endah. Tolong Jangan Abai 8 Perkara Ini Kalau Nak Anak Cerdik!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI