Menu sahur yang kenyang lama memang dicari-cari. Resepi ini memang ohsem! Esok 1 Ramadan 1438H, semua umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Tentunya ramai tercari-cari menu sahur yang berkhasiat,  ringkas, sihat dan mampu mengenyangkan dalam tempoh yang lama. Malah ada juga berazam untuk menurunkan berat badan.

Untuk kekal cergas bertenaga dan kenyang berpanjangan, apa kata kita cuba menu yang dikongsi oleh Puan Zamira Mohamad Ali di grup Masak Apa Hari Ini. Katanya campuran dua makanan berkhasiat tinggi iaitu kurma dan biji chia mampu yang telah dicuba memberikan rasa kenyang yang lama, melancarkan penghadaman, menjadikan kulit lebih mulus, menguatkan gigi dan tulang, rambut yang sihat dan paling istimewa sekali boleh menurunkan berat badan! Juga disarankan untuk dimakan oleh ibu hamil agar kekal bertenaga semasa berpuasa. Inilah post Puan Zamira mengenai resepinya.

~ Nak rasa kenyang berpanjangan?
~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji
betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam
makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5
series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam
kanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh
libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S? 

Boleh try resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu bekfes pun hokkay

Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.

CHIA SEED(superfood) + KURMA

Resepi ni buat malam taw. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.

Cara buat ada kat setiap gambor k.

1-Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja.

Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan.

Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.

2-Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.

3-Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.

4-Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.

5-Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.

Tinggalkan Komen