Adakah anda ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar? Jika ya, jangan lepaskan peluang datang ke Malaysia Islamic Children’s Fair (MICF) yang akan diadakan pada 21 – 23 November ini, di Shah Alam Convention Centre.

Hujung minggu ini sememangnya hari yang sesuai untuk membawa anak-anak ke pameran berkaitan dengan perkembangan dan keperluan mereka khususnya kanak-kanak Muslim. Pameran yang diadakan buat kali ke-2 ini menyediakan perkongsian aktiviti, produk dan perkhidmatan berkaitan perkembangan anak-anak Muslim.

Ibu bapa dan pendidik boleh menjadikan pameran ini sebagai platform untuk meneroka material dan metadologi dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi membantu pembangunan fizikal, rohani dan emosi mereka mengikut acuan Muslim yang betul.

Ibu bapa dan usahawan saling dapat berhubung antara satu sama lain dalam membangunkan perkembangan pendidikan kanak-kanak Muslim. Pa&Ma turut mempunyai booth jualan majalah di MICF. Anda boleh mendapatkan majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung.

Menariknya di MICF akan diadakan acara PlayVenture iaitu program unik yang menggabungkan ruang bermain (play area) dengan pembelajaran aktif (active learning). Ruang seluas lebih kurang 216 meter persegi ini memuatkan pelbagai aktiviti bermain yang mengandungi unsur pembelajaran yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak secara holistic.

PlayVenture berkonsepkan permainan kreatif (creative play). Ia seolah-olah membawa kanak-kanak berada di sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai ruang dan peluang meneroka sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.

Setiap ruang dihiasi dengan rekaan yang sesuai dengan aktiviti di tempat tersebut. Antara ruang aktiviti yang disediakan adalah:

  • Learning Lane
  • Busy Bazaar
  • Starlight Stage
  • Happy Hospital
  • Safety Station
  • Friendship Playground
  • The TV Team
  • Beauty Boutique
  • Culinary Corner
  • My Musolla

Setiap ruang akan disediakan poster maklumat tentang manfaat aktiviti tersebut dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan melalui aktiviti di PlayVenture, kanak-kanak mampu mengurangkan diskriminasi terhadap mereka yang berlainan upaya dari mereka.

Tinggalkan Komen