Pengalaman dilalui oleh ibu muda yang bayinya, Mikael muntah, cirit-birit, badan kemerah-merahan sampai masuk hospital lebih dua minggu sangat menakutkannya.

Siapa sangka susu formula yang diberi kepada bayi setiap hari rupanya menjadi punca kepada kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh bayi Puan Seila Nawi. Beliau berharap agar apa yang berlaku ke atas bayinya tidak akan terjadi kepada bayi lain.

ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.

Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.

Saya telah pun melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

1. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu.

2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Oktober 2017, anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.

*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*

IKLAN

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah-merah tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pun dia tak nak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Najis Paling Busuk Pernah Dihidu

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pun interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa-apa sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung tak nak susu atau makan.

IKLAN

Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan untuk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah-merah di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Mikael Mula Berak Berdarah!

Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam-macam ubat dekat Mikael yang masih baby.

IKLAN

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa-apa solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac.

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.

Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum.

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak-anak kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

“Mikael Muntah, Cirit-Birit, Badan Kemerahan Sampai Masuk Hospital Lebih 2 Minggu”. Disyaki Berpunca Minum Susu Formula Tiruan!

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul discharge dari badan dia. InshaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

#Enfalac
#FakeInfantFormula
#SusuTiruan

Sumber: Seila Nawi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI