Minuman milk booster almond milk dan jus pegaga memang sesuai untuk ibu menyusu dan hamil waktu berbuka puasa.

Ibu menyusu dan hamil yang berpuasa kena pastikan waktu berbuka hanya makan dan minum yang berkhasiat sahaja.

Untuk mengembalikan tenaga dalam badan selepas seharian berpuasa selain memberi  khasiat dan melancarkan pengeluaran susu ibu, maka ibu menyusu seeoloknya minumlah minuman yang sekaligus mampu menjadi milk booster.

Perkongsian dua minuman milk booster berkhasiat dari Puan Emilia Salim ini mungkin boleh dijadikan contoh minuman untuk berbuka puasa hari ini.

Almond Milk & Dates 

Milk Booster Almond Milk Dan Jus Pegaga Ini Sesuai Untuk Ibu Menyusu Dan Hamil Berbuka Puasa

Bahan-bahan:

IKLAN

1 cawan badam
4 biji kurma – lagi banyak lagi manis susu badam nanti
4-5 gelas air

Milk Booster Almond Milk Dan Jus Pegaga Ini Sesuai Untuk Ibu Menyusu Dan Hamil Berbuka Puasa

Cara-cara membuat :

1. Rendam badam semalaman.
2. Rendam kurma 3-4 jam.
3. Kisar semua bahan-bahan tersebut kemudian tapis menggunakan kain/lampin yang tipis.
4. Boleh tambah air dan kisar sekali lagi.
5. Nak sedap, minum ketika sejuk.

*boleh juga letak sedikit esen vanila

IKLAN

Jus Pegaga & Epal Hijau

Milk Booster Almond Milk Dan Jus Pegaga Ini Sesuai Untuk Ibu Menyusu Dan Hamil Berbuka Puasa

Bahan-bahan:

3 genggam daun pegaga
1 biji epal hijau
2-3 cawan air masak
2 sudu gula atau boleh ganti dengan madu (tak nak letak gula pun boleh)

IKLAN

Cara-cara membuat:

Kisar semua bahan tersebut kemudian tapiskan ia.

Info tambahan

Kurma

  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, eloklah amalkan memakannya kerana dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu (antara milk booster terbaik).
  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Tinggi serat
  • Tinggi kalsium dan asid amino

Badam

  • Badam kaya dengan nutrien penting seperti kalsium, zat besi, vitamin E dan riboflavin.
  • Setiap 95 g badam mengandungi 255 daripada 310 mg magnesium yang diperlukan untuk banyakkan susu.
  • Merupakan salah satu sumber protein yang bagus.
  • Badam juga mengandungi 5.7mg lemak omega-3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Omega yang terkandung di dalam susu ibu boleh disalurkan terus kepada bayi.

Pengaga

  • Ulama-ulaman sangat kaya dengan serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida.
  • Akar pegaga juga banyak khasiatnya.
  • Terkenal sebagai makanan melancarkan pengeluaran susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI