Bila fikir susu tak cukup untuk anak, akhirnya memang tak cukup. Ini kerana emosi turut memainkan peranan penting. Menyusukan anak bukan hanya pada niat. Ia perlukan usaha yang bersungguh-sungguh.

Apa yang dikongsikan Puan Ziela Juzaila, klita selalu sebut mindset penting dalam menjayakan penyusuan. Positif dan yakin susu yang dihasilkan cukup untuk anak. Ramai pakar motivasi dah sebut, apa yang dalaman kita fikirkan, fokus yang itulah yang akan dapat. Ini merupakan antara punca penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan.

Mindset Ibu Selalu Fikir Susu Tak Cukup. Sebab Itu Ibu Stres Dan Menyusu Separuh Jalan

  1. Persepsi. Anak asyik melekap berasa susu sikit, anak tidak kenyang. Perah 1oz, 2oz ketika masih 24jam dengan baby merasakan susu tidak cukup untuk anak.
  2. Tidak menyusukan anak dengan kerap. Anak menyusu setengah jam sekali, sejam sekali dirasakan leceh, penat. Anak kena tidur lama . Sedangkan kerap-kerap menyusu lagi bagus untuk penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan.
  3. Bengkak susu yang tidak dirawat dengan sebaiknya boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang. Saluran susu yang tersumbat menghalang penghasilan susu yang cukup dan bengkak susu boleh melarat hingga jangkitan dan bernanah. Pada peringkat ini, macam-macam perasaan timbul, pelbagai emosi menyelebungi diri. Hentikan atau teruskan.
  4. Sesi memerah kerap-kerap tidak dipatuhi. Alasan jadual kerja selalu menjadi tempat pertama. Semakin jauh jarak sesi memerah, semakin lambat susu lain dihasilkan. Lama-lama susu berkurang.
  5. Skip penyusuan waktu malam. Anak tidur nyenyak, ibu lena sekali sedangkan penyusuan waktu malam penting.
  6. Bagi Pacifier. Puting tiruan menganggu penyusuan. Baby seronok menghisap puting dan kurang berminat untuk menyusu terus ke dada.
  7. Sulam dengan susu formula. Sesi menyusu yang diganti dengan susu formula akan menyebabkan susu tidak dihasilkan selari dengan keperluan baby.
  8. Nipple luka. Penyusuan menyakitkan. Tidak melekap dengan betul dan posisi yang salah memang mengundang nipple luka.

Mindset Ibu Selalu Fikir Susu Tak Cukup. Sebab Itu Ibu Stres Dan Menyusu Separuh Jalan

IKLAN

9. Czer. Sakit bersalin tidak tertahan. Dengan keadaan baby yang baru lahir mahukan bonding dan kebanyakkan suka melekap di dada . Penyusuan menyebabkan ibu tidak dapat menahan sakit diluka.

10. Mengambil pil perancang yang tidak sesuai boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu dan boleh kering jika diambil berterusan.

IKLAN

11. Mengambil makanan tertentu yang merupakan milk killer boleh juga menyebabkan susu tidak cukup dan tindakan untuk kembalikan susu yang cukup tidak dilakuka

IKLAN

12. Keliling yang tidak menyokong. Negatif yang diserap hasilnya kecundang yang dapat.

Apa-apa pun teruskan berjuang untuk si kecil anda. Fikirkan yang positif dan hasilnya juga pasti akan dapat yang terbaik.

Sumber: Ziela Juzaila

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI