Bila dengar cakap orang memang kita jadi musykil. Lebih baik ikut penjelasan mengenai hukum bila doktor lelaki yang menyambut kelahiran bayi oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan penjelasan panjang lebar mengenai kemusykilan yang sering dibincangkan oleh bakal ibu bapa yang menanti kelahiran cahaya mata.

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Kemusykilan Tentang Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi

Semoga dengan penjelasan mengenai hukum ini, kita akan lebih faham serta tidak lagi timbul keraguan atau perbalahan antara satu sama lain.

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat-syarat berikut:

IKLAN

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Kemusykilan Tentang Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi

 

  1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
  2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai.
  3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
  4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

IKLAN

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:

IKLAN

“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Kemusykilan Tentang Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.

Sumber: Dr. Zulkifli alBakri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI