Dedahkan bayi anda yang sudah berumur 6 bulan pada ‘messy play’ atau ‘mainan kotor’ walaupun hakikatnya kebanyakan ibu ayah tak suka anak mereka main kotor atau kelihatan comot.

Tetapi tahukah anda betapa pentingnya bayi dibiasakan bermain kotor sejak kecil. Apa kaitanya dengan perkembangan anak? Perasan tak ramai kanak-kanak sekarang geli dan tak suka pegang benda-benda kotor? Ini kerana ibu bapa sudah terbiasa menghalang anak mereka daripada menyentuh benda yang kotor.

Menurut Puan Liyana Raya seorang Occupational Therapist, ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat mengurus emosi dengan baik lalu menyebabkan tingkah laku yang melampau dan tidak hairan juga mereka susah fokus. Baca selanjutnya kenapa pentingnya ‘messy play’ kepada si kecil. 

Dedahkan bayi dengan ‘messy play’ dan berikan banyak rangsangan terhadap deria sentuhannya (melalui kulit) sekerap yang boleh.

‘Perjalanan’ maklumat ke otak akan lebih bagus jika kulit banyak dirangsang,walaupun sejak baby lagi. Baby saya sudah berusia 6 bulan, dan saya mulakan aktiviti ‘messy play’ sejak usianya 6 bulan.

Memang pada fasa ini, bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut. Itu normal. Untuk bagi benda masuk dalam mulutnya, bagilah soft toys yang bersih dan selamat. Lagipun memasukkan benda ke dalam mulut amat elok untuk membantu otot mulut bersedia ke arah proses percakapan dan ianya perlu konsisten dijalankan, kalau boleh hari-hari pun spend masa untuk bagi.

Semakin baby meningkat usianya,selari dengan usianya sesuai untuk makan,baby sudah boleh membezakan benda apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan dan begitu juga dengan fungsi objek yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut.

Begitu juga dgn kulitnya. Rangsangan harus diberikan secara konsisten tidak kisahlah kulit di bahagian tangan mahupun kaki.

Cuba lihat video baby saya yang sedang bermain shaving foam yang dicampur dengan kacang hijau. Baby saya masih di fasa memasukkan objek ke dalam mulut namun sudah boleh makan solid food. Pada fasa ini, saya mulakan dengan memberikannya bermain ‘messy play’ seperti ini dan saya pegang tangannya supaya tidak memasukkan shaving foam ini ke dalam mulutnya. Saat jarinya bersentuh dengan tekstur ini,baby saya sudah boleh menggerakkan jari jemarinya dan ini adalah satu proses yang bagus untuk membentuk kemahiran motor halus yang membantu kemahiran menulis di kemudian hari!

Kakinya juga saya rangsang secara santai sahaja. Sambil menghirup udara segar di taman tasik,sambil saya berikan rangsangan sentuhan rumput dan tanah. Ini dilakukan secara santai sahaja. Saat kakinya menyentuh rumput, jari jemari kakinya mencengkam tanah dan boleh membantunya utk ‘grip’ permukaan apabila mula berjalan kelak.

Kotor? Jangan fikirkan demikian! Saya tidak pernah berikan pemikiran kotor terhadap perkara-perkara seperti ini namun anak ketiga saya, iaitu kakak kepada baby ini yang berusia 3 tahun pun boleh ada persepsi sedemikian yang mana kalau tidak dirawat dengan baik akan menjadikannya seorang yang obses dengan kebersihan!

Lihat pada video anak ketiga saya itu. 
Oleh kerana saya ibu yang sibuk, ada masanya saya terlupa memberikan ‘messy play’ yang kerap kepada anak ketiga saya ni. Masa anak pertama dan kedua dulu saya rajin sebab masa tu saya banyak kerja sebagai free lance. Jadinya anak pertama dan kedua tiada masalah. Cuma saya tahu anak ketiga saya memang ada isu Tactile Sensory Processing Disorder sejak baby.

Tapi disebabkan saya jarang bagi rangsangan secara konsisten,maka begitulah jadinya. 
Tapi saya bersyukur juga sebab dapat tunjuk inilah tingkah laku anak-anak yang saya jumpa apabila mereka tak boleh tolerate dengan benda-benda kotor. Bukan anak autism je tau react macam ni! Ni anak tipikal saya ni! Anak tipikal saya yang boleh bercakap macam biasa, boleh pegang pensil dan buat aktiviti-aktiviti hariannya dengan baik pun masih ada isu seperti ini.

Jangan pandang mudah. Sekarang anak saya akan ikuti kelas Early Intervention Program di centre saya secara konsisten. Nampak gaya hari-hari la kena join aktiviti. Tak boleh ikut saya lagi dah buat kerja-kerja management. 

Apa pun jangan pandang remeh dengan isu geli ataupun kotor pada anak. Nak bentuk sistem ketahanan badan,kena juga dedahkan dengan benda-benda yang dianggap kotor ni. Islam dah gariskan panduan mencuci najis kepada 3 peringkat. Ikut saja kalau terkena benda kotor.

Lega boleh expose masalah yang biasa saya hadapi dengan anak-anak SPD kepada umum sebab anak sendiri pun ada jugak.

Sumber: Liyana Raya

Tinggalkan Komen