Fynn Jamal kini tampak bahagia dengan kehadiran anak angkat keduanya, Sakti Kencana. Lebih menarik lagi, dia membiarkan Sakti bonding dengan ibu kandung.
Naluri keibuan Fynn tidak dinafikan. Kedua-dua anak angkatnya mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada Fynn & suami. Sakti yang baru berusia 6 bulan baru-baru ini berpeluang bonding dengan ibu kandung. Jelas sekali Fynn & suami tidak memutuskan hubungan antara ibu dan anak. Mulianya hati pasangan ini! Berikut perkongsian beliau;
Dedek gi main2 simimpul dgn ibu awak tu jgn lupa mummy daddy dan balong tau. behave. jgn nakal2 dgn ibu. make us proud.
Fynn sebelum ini telah menyusukan anak angkatnya itu. Malah Fynn membuat persediaan rapi untuk menyusukan Sakti.
Sakti Kencana yang selalu dipanggil dengan nama manja Dedek sentiasa tampil ceria dan pandai senyum bila diajak bergambar. Telatahnya juga keletah dan menghiburkan!
Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal, ramai ibu dalam dilema. Kejadian ini telah membuka mata semua pihak dan ada yang mula risau.
Sebenarnya ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Cuma jika memilih pengasuh perlu ada lebih ketelitian.
Untuk pengetahuan semua pengasuh juga perlu ada lesen mengasuh anak di rumah. Perlu pergi kursus bagi melayakkan diri mengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah.
Antara sebab utama ibu bapa memilih pengasuh adalah anak-anak asuhan tidak ramai. Supaya pengasuh dapat fokus kepada anak kita. Sangat baik tujuan dan niat itu. Tapi adakah kita terfikir kesan sebaliknya.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim mungkin memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa. Antara pilihan taska atau pengasuh, ibu bapa yang selayaknya buat keputusan tepat.
Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.
Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.
Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.
Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:
Pengasuh biasanya dikenali. Jadi, bagi ibu, senang kalau pengasuh adalah orang yang dikenali. (Bagi saya lagi susah – sebab kalau ada isu, kita susah nak berterus terang)
Hantar pengasuh biasanya lebih murah compared to taska. Tapi ada juga pengasuh yang charge sehingga RM400 seorang which bagi saya, bagi pengasuh yang tidak berdaftar (kalau nak tahu, pengasuh di rumah pun kena daftar under JKM tau), rumah yang tentunya tak child friendly, tidak dipantau KKM, Majlis dan Bomba, bayaran tinggi sangat tidak patut.
Hantar pengasuh biasanya sebab tak ramai. (Saya pernah je dengar pengasuh ambil sehingga 10 anak dari baby sehingga abang-abang yang transit)
Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.
Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.
Berdaftar atau tidak? Pentingkah berdaftar? Ya, sangat penting bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa terutamanya JKM. Seperti yang saya nyatakan di atas, pengasuh di rumah pun wajib berdaftar dengan JKM.
Keselamatan? Selamat atau tidak. Child friendly tak? Tempat yang sangat merbahaya adalah dapur, tangga, pintu utama, pagar depan, jiran-jiran siapa?
Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?
Kebersihan? Bagaimana rutin pembersihan di rumah pengasuh? Pengasuh sebagai penyedia makanan, bersih tak? Ada ambil injection untuk penyedia makanan? Bagaimana pula carpet? Mainan dibersihkan tak?
Cuti? Cuti pengasuh bagaimana? Ikut takwim tak atau pengasuh boleh cuti sesuka hati sebab anak saudara nak kahwin, nak balik kampung dan tiada yang ganti jaga anak kita? Dan kita pun ambil cuti untuk jaga anak? Itu belum pengasuh sakit, atau anak pengasuh sakit. Pengasuh minta cuti lagi sebab dia seorang yang jaga anak kita.
Tetamu? Kalau ada tetamu seperti saudara mara atau jiran tetangga, bagaimana? Mereka boleh masuk ke dalam rumah dan memegang anak kita? Bagaimana jika mereka tidak sihat? Bagaimana jika anak kita perempuan dan tetamu pengasuh adalah lelaki yang…….?
Aktiviti? Pengasuh ada jadual asuhan yang teratur tak? Apa aktiviti anak selain makan dan tidur?
Pengasuh terlatih? Jika berlaku apa-apa, pengasuh boleh beri CPR? Siapa yang boleh bawa anak ke klinik/hospital berdekatan?
Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.
Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.
Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.
Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.
Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang. Terutama anak lelaki.
Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak. Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Dr Taufiq ini.
Anak lelaki mesti diajar masuk ke dapur
– Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak dah mula nak jadi raja dalam rumahtangga
– Tempat anak lelaki bukan bertukang semata mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran & Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang. Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang
– Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan
– Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan. Malah lelaki yang pandai mengurus dapur lah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri
Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.
Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.
Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak. Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.
PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.
Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.
Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.
So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga, batu, kucing, adik, abang atau sesiapa pun.
Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.
Moga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!