Bermula awal tahun ini kerajaan mewajibkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah menggunakan kerusi keselamatan di dalam kereta. Tapi mungkin masih ada anak-anak yang tidak selesa untuk terus diam dengan tali pinggang keselamatan dipasang kepada mereka sepanjang perjalanan.
Kalau kita lihat memang banyak tip yang dikongsi oleh ramai ibu bapa bagi melatih anak-anak untuk membiasakan diri berada dalam kerusi keselamatan di dalam kereta. Perkongsian sebegini bolehlah diambil sebagai cara untuk ibu bapa lain juga mengajar anak-anak untuk duduk di dalam kerusi keselamatan.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pensyarah psikologi, Akif Basri tentang cara yang dia dan isterinya sedang lakukan untuk melatih anak lelakinya yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Menurutnya cara yang sedang dilakukan itu nampaknya memberikan kesan yang positif.
Saya dan isteri dalam fasa latih anak duduk car seat. Anak kami lelaki, umur 1 tahun 6 bulan. Ini beberapa cara yang kami sedang cuba. Nampak agak berkesan.
1) Konsisten Setiap kali masuk kereta, kena duduk car seat, walaupun nak jalan dekat2 tak sampai 5 minit. Nangis pun nangis lah. Nak bagi dia faham setiap kali masuk kereta, itu kerusi dia & dia wajib duduk di situ.
2) Distraction Mula2, kami bagi banyak distraction. Antaranya, sambil saya drive, isteri akan cuba distract anak dengan menyanyi, membaca buku, bermain. Nampak berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Terkini, kami ubah cara. Kami tak distract. Kami biar dia bosan.
Kawal emosi anak dengan cakap berulang-ulang
3) Biar anak bosan Bila anak bosan, mula2 dia akan nangis. Bila dia nangis, saya akan cakap dengan nada yang sedikit tegas: “Duduk diam-diam. Adik kan good boy” Kemudian dia akan diam sekejap (tak sampai 5 minit). Kalau dia nangis balik, saya akan cakap:
Ads
“Sikit lagi, nak sampai dah.” dan ulang2: “Duduk diam-diam. Adik kan good boy” Setiap kali saya tegur, dia akan diam untuk tempoh waktu tertentu.
Dia tak nangis lagi. Dia cuba kawal nangis dia. Dia cuba kawal emosi dia sendiri tanpa external distraction daripada kita. Ini namanya latihan emotional regulation. Dia akan cuba “coping skills” sendiri. Lama2 dia akan tertidur sendiri. Haha.
4) Pastikan keperluan cukup Kalau nak jalan jauh, pastikan dia dah makan, minum susu, lampin dah tukar. Maknanya keperluan asas dia dah cukup.
5) Berhenti seketika Kalau jalan jauh (contohnya lebih sejam), saya akan berhenti seketika di RnR atau tempat yang selamat. Bila berhenti kereta, kita boleh angkat daripada car seat. Boleh bagi minum susu, makan, main2. Boleh bawa keluar jalan2 sekejap.
Budak2 ni memang tak boleh dipaksa duduk diam lama sangat. Dia memang perlu bergerak. Sekali sekala kita perlu biarkan mereka bebas untuk tempoh waktu tertentu, asalkan selamat.
Ads
Beri ganjaran sebab berjaya duduk sampai ke destinasi
6) Gajet Gajet ni memang magik. Memudakan urusan. Bagi sahaja anak gajet, settle. Kita boleh buat kerja lain. Ramai ibu bapa mesti setuju dengan saya
Tetapi WHO tak galakkan bagi anak <2 tahun untuk bagi gajet.
Jadi kami cuba sedaya upaya untuk kurangkan. Kalau tengok pun sekejap sahaja, dan kami akan interaksi dengannya sambil tengok. Contohnya Bila tengok haiwan dalam gajet, kita akan sebut nama haiwan satu per satu supaya kita ada interaksi dengan anak, bukan hanya anak dan gajet.
Setakat ini nampak agak berkesan. Mula2 duduk car seat memang akan nangis, tetapi bila buat cara 1-5 tadi dia akan belajar untuk duduk diam tanpa nangis. Tetapi kadang kala ada juga hari yang dia “moody.” Biasalah kan?
Kalau tuan2 dan puan2 ada tips lain, jemput kongsi.
Ads
Oh lupa satu lagi.
7) Reward Bila dah sampai destinasi dan dia “behave well,” wajib puji, tepuk tangan, peluk untuk menunjukkan dia dah berjaya dan kita seronok dengan tingkah laku dia yang positif.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jenazah suami isteri dan bayi dalam kandungan yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah di sini, semalam.
Jenazah Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, serta janin berusia lapan bulan dikebumikan dalam satu liang jam 10.20 pagi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kira-kira 100 ahli keluarga dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir.
Terdahulu, ketiga-tiga jenazah yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh, tiba pada jam 8.30 pagi sebelum disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham Wan Hasheliza di Kampung Sepulau, di sini.
Sementara itu, bapa Allahyarham Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada lima beradik bersama menantu serta cucunya yang dijangka dilahirkan September ini.
“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan tiga orang tersayang serentak, tambahan pula anak sulung, Wan Hashimah meninggal dunia Ogos tahun lalu.
“Bagaimanapun, pak cik terima ketentuan Illahi dan menganggap apa yang berlaku ini sudah takdir mereka,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah di sini, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan empat termasuk suami isteri maut terkena renjatan elektrik selepas tangga separa siap di rumah sewa mereka runtuh di Kampung Matang Pagar, di sini.Dalam kejadian berlaku jam 12.50 tengah hari itu, pasangan itu, Shahril Apipie Mokhtar dan Wan Hasheliza yang sarat mengandung, masing-masing berusia 29 tahun, maut di lokasi kejadian.
Jiran mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia, Bambang Sulistio, 39, turut maut.
Ikhlasnya cinta suami isteri bukan hanya semata-mata pada kesenangan semata-mata. Sanggup susah, berpanas berhujan, berjimat cermat itu juga satu pengorbanan dan akhirnya akan ada manis di penghujung nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, kemanisan dalam berumah tangga antara suami isteri ini boleh dicipta pada bila-bila masa. Bukan terhad kepada kejutan memberi hadiah atau bawa pergi bercuti.
Berikut antara perkongsian beliau:
Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:
1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja 2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja 3. Suami isteri naik kereta berasingan 4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem 5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi 6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding
Agak-agak anda yang mana satu?
Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:
1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.
2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.
3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer
Jadi, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
“Alhamdulillah..Semoga istiqamah.” Ini antara yang disampaikan oleh peminat Izara Aishah selepas melihat gambar terbaru yang dikongsikan di instagramnya. Jika ini penghijrahan yang dipilih oleh isteri Adib Khalid ia benar-benar satu perubahan yang sangat baik.
Menerusi entri di instagram Izara, beberapa keping gambarnya yang tampil sopan dan bertudung labuh itu menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, di posting terbarunya itu, Izara menutup ruangan komen.
Peminatnya hanya dapat memberi kata-kata semangat dan meluahkan rasa syukur di posting Izara yang sebelum itu sahaja.
Ibu kepada Irisa Alaia yang kini dah berusia 1 tahun 4 bulan ini juga turut memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung sebelum ini dan menguatkan lagi tekaan orang ramai yang Izara sudah mula berhijrah.
Apa pun dengan gambar terbaru Izara ini, ramai yang memuji kecantikan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai yang terharu dengan perubahannya itu dan mengharapkan sentiasa dalam rahmat Allah.
Bukan itu saja, ramai juga turut memuji Izara yang bertudung labuh. Tersangat cantik macam wanita Arab.
Betullah kecantikan tanpa menutup aurat itu biasa dan sementara. Tapi kecantikan menutup aurat ini sungguh luar biasa. Semoga Izara Aishah terus istiqamah dan dapat menjadi ibu dan isteri yang sentiasa membahagiakan. Amin.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.