Jika ibu ayah nak bina keyakinan diri pada anak, ia  sebenarnya akan menjadi pencetus anak menjadi seorang yang pandai. Sesungguhnya kejayaan anak bukan sahaja bergantung kepada kepandaian membaca dan menulis tetapi mesti ada sikap yakin diri dalam diri atau kata lain self-esteem. Sikap ini penting ada dalam diri kerana ia menjadi penanda aras dalam pergaulan anak dengan rakan sebaya. Apabila keyakinan anak rendah, ia akan menjejaskan sikap ingin tahu dalam dirinya.
Nak Anak Pandai Kena Bina Dulu Keyakinan Diri Pada Anak. Cuba 9 Cara Mudah Ini
Perkongsian shaznurstationery.blogspot.my  ini diharap menjadi panduan bersama dalam mendidik anak-anak.
Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.
Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:
1. Berikan kasih sayang tanpa syarat
Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.
2. Berikan perhatian
Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan  berharga. 
3. Ambil risiko
Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.
4. Biarkan kesilapan terjadi
Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak.  Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.
5. Raikan hal-hal positif
Semua orang suka apabila diberi galakan. Jadi pastikan anda berusaha untuk menyebut perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan pada setiap hari. Ia dapat membuatkan mereka sedar akan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
 
6. Jadi pendengar yang baik
Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.
 
7. Jangan membanding-bandingkan
Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.
8. Hulurkan empati
Jika anak anda berasa kecewa kerana dia tidak dapat melakukan sesuatu seperti rakan yang lain, tunjukkan empati anda. Beritahu anak anda bahawa dia masih mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Anak-anak perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. 
9. Berikan galakan
Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ‘ Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan’ . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan. 
Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka. 
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI