Selepas melahirkan anak, seluruh tubuh terasa lemah. Hal ini kerana anda kehilangan banyak tenaga semasa proses kelahiran.

Disebabkan rasa tidak selesa dengan keadaan tubuh, anda pasti mahu segera mandi dan membersihkan diri selapas selamat melahirkan.

Jangan pandang enteng soal mandi semasa berpantang. Cara mandi yang betul akan membantu anda menjaga kesihatan dalaman tubuh.

Berikut adalah panduan untuk anda mandi dalam pantang mengikut cara tradisional.

Mandi waktu dhuha

Ini bererti anda digalakkam mandi sekitar jam 7.30 ke 8 pagi. Cuaca pada waktu ini sudah suam.

Mandi air suam – panas

Anda sangat disarankan untuk mandi menggunakan air rebusan pelbagai jenis daun herba.

Namun, jika sukar mencari daun-daun jerba untuk mandi, anda boleh sahaja sekadar mandi menggunakan air suam-panas.

Jika di bilik air ada pemanas air, mandilah menggunakan pancuran. Jika tidak, minta bantuan suami atau sesiapa yang menjaga anda ketika berpantang untuk memasak air. Ingat! Air mandian itu perlu suam-panas dan bukannya suam-sejuk.

Cuci kepala guna air biasa

Semasa mandi, pastikan anda tidak mengunakan air suam untuk mencuci kepala. Sebaliknya, hanya gunakan air paip.

Jangan sesekali cuci rambut mahupun muka menggunakan air panas! Jika anda melanggar pantang ini, rambut mudah gugur dan kulit muka mudah berkedut.

Untuk makluman anda, amalan ini bukan hanya dalam berpantang. Selepas ini, kena patuh pada amalan yang sama.

Jangan mandi terlalu lama

Badan orang berpantang perlu sentiasa dilitupi dengan pakaian bagi mengelakkannya dimasuki angin.

Memandangkan ketika mandi, anda terdedah kepada pelbagai faktor punca angin dan sejuk, maka mandi dalsm tempoh yang singkat sahaja. Cukup sekadar 10 minit bagi setiap sesi mandi.

Air mandian cuma satu baldi

Setiap kali mandi, gunakan baldi besar. Masukkan air rebusan daun herba atau air panas ke dalam baldi tersebut dan ditambah dengan sedikit air paip untuk menjadikannya suam-panas.

Gunakan gayung untuk menceduk air mandian dan ratakan ke seluruh tubuh. Kemudian sabun keseluruhan badan. Selepas itu gunakan air lebihan di dalam baldi untuk membilas tubuh yang bersabun.

Mandi dua kali sehari

Anda boleh mandi pada waktu pagi selepas matahari naik dan petang sebelum matahari terbenam.

Pastikan anda mandi di kedua waktu ini menggunakan air suam-panas. Jangan sesekali mandi air biasa.

Tinggalkan Komen