Nak balik kampung, wajibkan anak duduk dalam kerusi keselamatan (carseat) tau. Biarlah anak  mengamuk dan menangis asalkan selamat kerana malang tidak berbau!

Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.

Nak Balik Kampung, Wajibkan Anak Duduk Dalam Carseat. Biarlah Dia Nangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

Lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh seperti pulang ke kampung dengan trafik yang mencabar, jangan abaikan keselamatan si kecil. Pemakaian carseat mengurangkan risiko kecederaan kepada si manja sekiranya berlaku kemalangan. Ia mengurangkan gegaran otak dan melindungi dua bahagian penting iaitu otak dan tulang belakang sekiranya berlaku kemalangan.

Nak Balik Kampung, Wajibkan Anak Duduk Dalam Carseat. Biarlah Dia Nangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

8 TIP LATIH ANAK DUDUK DI CARSEAT

  1. Latih anak lebih awal daripada tarikh perjalanan jauh bermula. Beritahu anak tujuan meletakkannya dicarseat ialah bertujuan untuk memastikan dia selamat.
  2. Pastikan mereka berada dalam keadaan selesa, tidak terlalu sejuk atau panas.
  3. Sediakan mainan yang  boleh dicapai bayi semasa di dalam
  4. Jika anda dalam perjalanan jauh, pertimbangkan untuk berhenti setiap dua jam sekali untuk bermain dengan bayi.
  5. Sekiranya boleh, pastikan ada seseorang menemani bayi ketika duduk di bahagian belakang kereta.
  6. Mainan yang berbunyi atau bermuzik boleh membantu menenangkan bayi.
  7. Bila letakkan bayi di carseat,pastikan anda kuatkan hati. Walau pun bayi menangis untuk menarik perhatian anda, jangan berhentikan kenderaan. Teruskan memandu kecuali tangisannya kuat dan dia membiru.
  8. Pastikan anak kenyang, mood baik dan lampinnya ditukar sebelum memulakan perjalanan.
  9. Pastikan carseat yang digunakan selesa dan sesuai dengan peringkat usia dan perkembangan fizikalnya.

Nak Balik Kampung, Wajibkan Anak Duduk Dalam Carseat. Biarlah Dia Nangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

JENIS-JENIS CARSEAT

Bagi yang sedang berkira-kira untuk membeli carseat untuk si manja, bolehlah mengambil kira jenis-jenis carseat ini agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan si manja.

JENIS MENGHADAP BELAKANG

IKLAN

Kerusi keselamatan jenis menghadap  ke belakang (rear facing seat) depan biasanya disarankan untuk si manja yang berusia sekurang-kurangnya dua tahun dan ke atas. Mereka perlu mencapai tinggi dan berat badan yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar bagi memastikan bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum.

1- Kerusi keselamatan bayi (infant seat)

PRO: Bersaiz kecil kerana hanya boleh memuatkan si manja yang baru lahir. Mempunyai pemegang untuk memudahkan ia dibawa dan tapak untuk memastikan kedudukannya kukuh semasa pemanduan. Selesa untuk di kecil dan dilengkapi dengan abah-abah.

KONTRA: Boleh digunakan pada masa yang singkat sahaja. Berat bayi terhad kepada 10 hingga 12 kg sahaja. Selain itu, apabila si manja membesar, pemegangnya menjadi kurang praktikal.

2- Kerusi keselamatan convertible

PRO: Kerusi keselamatan convertible boleh digunakan secara menghadap depan dan boleh dipusing menghadap ke belakang. Juga mempunyai had berat si manja iaitu kira-kira sehingga 20 kg.

KONTRA:Saiznya agak besar untuk si kecil yang baru lahir. Tiada mempunyai pemegang dan tapak. Anda perlu menambah kusyen dan pelapik tambahan di atas kerusi untuk menyokong dan memberi keselesaan kepada si manja.

IKLAN

3- Kerusi keselamatan 3 dalam 1

PRO: Kerusi keselamatan ini mempunyai tiga fungsi iaitu ia boleh digunakan secara menghadap belakang, hadapan dan diceraikan sebagai booster seat.

KONTRA: Kerusi jenis ini selalunya mempunyai saiz yang besar dan tinggi. tidak sesuai bagi anda yang memiliki kereta kecil.

Nak Balik Kampung, Wajibkan Anak Duduk Dalam Carseat. Biarlah Dia Nangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

JENIS PANDANGAN HADAPAN

Lazimnya dicadangkan kegunaan untuk si manja yang berusia dua hingga empat tahun atau mencapai berat badan 40 kg. Kerusi ini dilengkapi dengan abah-abah untuk memastikan si manja sentiasa tetap di kedudukannya.

IKLAN

1-Tempat duduk kanak-kanak

PRO: Anda boleh memasang tempat duduk kanak-kanak supaya kedudukannya dan mengubah kedudukan tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan si manja.

KONTRA: Ia kekal di situ dan tidak boleh tidak sesuai bagi anda yang mempunyai penumpang dewasa kerana kerusi kanak-kanak bersaiz kecil dan agak kecil.

2- Kerusi keselamatan kombinasi

PRO: Kerusi keselamatan ini merupakan kombinasi kerusi dan booster seat. Ia dilengkapi dengan abah-abah dan tali pinggang. Belian yang berbaloi kerana boleh digunakan lama.

3- Booster seat

PRO:Untuk si manja berusia enam tahun atau berat 40 kg ke atas. Ada dua pilihan iaitu dengan penyandar dan tanpa penyandar. Lebih kecil dan mudah ditanggalkan apabila tidak mahu digunakan.

Nak Balik Kampung, Wajibkan Anak Duduk Dalam Carseat. Biarlah Dia Nangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI