Mujur ibu adik Insyirah cepat sedar dan bertindak menyelamatkan anaknya daripada dibawa oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya di sebuah surau baru-baru ini.

Pernah tak anda alami situasi semasa di surau atau tempat awam iaitu orang yang tidak dikenali datang memuji anak anda comel, pandai mengagah anak dan berbual-bual dengan anak dengan ramah.  Tidak mahu prasangka buruk, namun hakikatnya kadang-kala perlu

Begitulah situasi yang dialami oleh Puan Rohasliza Abu Bakar  yang bertukar menjadi igauan mendebarkan buat dirinya apabila seorang wanita yang tidak dikenali dalam cubaan  membawa anaknya ke tempat lain.

Namun mujur tindakan pantas ibu ini, menyelamatkan keadaan. Walau apapun niat wanita yang tidak dikenali itu, apa yang penting perkongsian ini diharap menjadi ikhtibar buat ibu ayah supaya lebih berhati-hati dengan persekitaran luar yang tidak diduga dan diluar jangkaan kita. Ikuti perkongsian ibu ini melalui laman sosialnya dua hari lepas.

Adik Insyirah yang jadi perhatian seorang wanita di sebuah surau

Detik cemas dua hari yang lalu.. Selepas ini harus lebih peka dan berhati2.. Kisah berlaku di Aeon Shah Alam..

Selepas meraikan abg Sheman grade di Uitm Shah Alam, Umi & baby Insyirah ke Aeon sementara menunggu ayah habis kerja jam 5.30 ptg.. Kami dihantar oleh Maklong Rokiah Abu Bakar sekeluarga dlm jam 2.30 ptg..

Setelah Mak Long beredar umi bawa Insyirah masuk ke Aeon. Melihat jam baru 2.40 petang umi singgah ke level 2 Aeon dulu untuk habiskan voucher Jusco . Setelah selesai dalam jam 3 Umi & baby masok ke surau..

Kisah berlaku di surau. Sampai di surau, Umi susukan dia .  Alhamdulilah dia tidur . Umi cepat-cepat bangun untuk solat. Elok habis solat dia jaga. Syukur dah selesai. Tetiba Insyirah membuang pulak.

Umi nak tukar pampers tengok habis semua seluar dia kena. Umi ambil keputusan mandi kan je la dia terus. Tengah-tengah nak membasuh tiba-tiba ada hamba Allah ni datang terus ambil Insyirah dari tangan umi. Dan kata meh saya tolong bawa dia. Umi terpana sekejap. Ehh kenapa dia ambil sebab umi nak mandikan dia. Terus umi ambil semula Insyirah dari tangan dia tetap mata umi memang terus pandang terus mata dia masa tu. Umi cakap,  saya nak mandikan dia. 

Setelah selesai bersihkan dan mandikan, terus bawa ke satu sudut untuk siapkan dia. Hamba Allah ni ikut ke situ. Siap bual-bual dan tanya macam-macam. Umi layan jer la sebab nampak macam orang yang berminat dengan budak. Insyirah pulak ramah melayan dia dengan senyum sengihnya dan borak-borak.

 

selepas dah siap, umi minta dia tunggu Insyirah kejap umi nak letak barang-barang Insyirah dalam beg dekat stroller sebelah dengan sudut umi siapkan Insyirah. Tengah letak barang hamba Allah ni dukung anak umi nak bawa keluar.  Nyaris Allah tak lekakan umi masa letak brg.  Umi tengok dia nak pakai kasut bawa Insyirah.. Umi tanya dia, ehhh nak bawa ke mana tuuu.. Dia kata nak bawa tunjuk kawan sekerja dia. Aduhaii boleh pulak dia nak bawa pergi jumpa kawan dia.  Umi terus rampas Insyirah dari tangan dia.. Tapi waktu tu umi tak  fikir apa-apa pun. Umi ambil dan terus masuk ruang solat tempat umi & Insyirah duduk sebelum tu sebab barang kami ada disitu. Tapi badan umi rasa menggigil tak  tahu kenapa.

Bila dah balik rumah. Tengah susukan Insyirah dan tido kannya. Tiba-tiba teringat balik kejadian tadi. Masa ni baru umi macam tersedar.. Apa niat hamba Allah tadi nak bawa anak umi keluar dari surau tu.

Bayangkan jika umi tak sempat halang macam mana umi nak kejar dengan keadaan pakai scaft jer sebab nak tunggu solat asar sekali. Baru umi macam tersedar dan istighfar. YaAllah Engkau lindungi anakku. Jika tak mungkin umi kehilangan anak umi ni.

Sangat-sangat  memberi pengajaran supaya jangan percaya sangat orang dan jangan nak ramah-ramah  sangat dengan orang yang kita tak kenal. Semoga Allah SWT sentiasa lindungi kita semua di mana-mana sahaja kita berada. Sujud Syukur atas kejadian yg berlaku. Allah nak kita supaya lebih berhati-hati.

 

Tinggalkan Komen