Siapa yang tak nak bayar kos bersalin murah tapi layanan diterima setaraf first class? Biasanya kalau perkhidmatan macam tu hanya ada di hospital swasta yang menelan belanja sehingga belasan atau puluhan ribu ringgit.

Jika anda sedang mengandung dan masih tercari-cari lokasi bersalin yang mampu mengikut bajet anda tapi dalam masa yang sama teringin mendapat perkhidmatan kelas pertama maka ini adalah pilihannya.

Pernah dengar Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia (PBBR1M), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Hospital Putrajaya ? Untuk pengetahuan ibu hamil, ini adalah inisiatif kerajaan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada ibu mengandung di PBBR1M.

Perkhidmatan umpama kelas pertama tapi bayaran dikenakan serendah kelas ketiga ini hanya terdapat di MAIWP Hospital Putrajaya (PBBR1M) Presint 8, Putrajaya, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star menurut laman rasmi facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bila Bermulanya PBBR1M?

Nak Bayar Kos Bersalin Murah Tapi Layanan First Class? Pusat Bersalin 1 Malaysia Caj RM15 Sahaja!
Pusat Bersalin Berisiko Rendah Malaysia, Putrajaya

Cadangan pembukaan timbul bila Hospital Putrajaya semakin tidak mencukupi untuk menampung kesesakan kes kelahiran yang semakin meningkat dan menyebabkan wad sesak serta ketidakselesaan pada pesakit.

Hospital mencadangkan sebuah pusat menyediakan kemudahan bersalin di buka khusus kepada ibu mengandung berisiko rendah. Maka secara rasminya PBBR1M mula dibuka pada Januari 2012 dan dirasmikan pada 19 April 2012 oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan jumlah 6 bilik bersalin termasuk 18 buah katil keutamaan MAIWP Hospital Putrajaya atau PBBR1M kemudahan di sini tentunya memberi keselesaan kepada ibu untuk merasai pengalaman bersalin seperti di rumah sendiri.

IKLAN

Menurut Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Putrajaya, Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, pihak hospital sasarkan 100 kelahiran sebulan pada masa akan datang berbanding 30 kelahiran sebulan sejak ditubuhkan sehingga kini.

Hanya Untuk Ibu Berisiko Rendah

Bagaimanapun PBBR1M hanya sesuai untuk ibu mengandung yang memegang kod warna putih pada buku pemeriksaan antenatal mereka yang bermaksud kes kehamilan berisiko rendah.

Biasanya jika kes-kes berisiko rendah ia boleh dipantau oleh jururawat dan pegawai perubatan. Ibu dapat merasakan suasan bersalin yang selesa seperti di rumah dan kemudahan wad persendirian untuk setiap ibu memudahkan proses kelahiran bayi dengan selesa.

Nak Bayar Kos Bersalin Murah Tapi Layanan First Class? Pusat Bersalin 1 Malaysia Caj RM15 Sahaja!
Sumber: blogspot

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malayasia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkongsi di laman facebook peribadinya mengenai perkhidmatan ini yang mungkin masih ramai ibu hamil tidak tahu lagi.

Caj Minima tetapi setaraf hospital swasta

Nak Bayar Kos Bersalin Murah Tapi Layanan First Class? Pusat Bersalin 1 Malaysia Caj RM15 Sahaja!
Sumber: Twitter

Caj yang dikenakan amat rendah namun kualiti perkhidmatan yang disediakan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)-Hospital Putrajaya (PBBR1M) di Presint 8, Putrajaya, setaraf hospital swasta.

IKLAN

“PBBR1M ini untuk ibu mengandung yang berisiko rendah ketika bersalin, iaitu tidak mempunyai risiko komplikasi kesihatan dan sebagainya. Bayaran deposit kemasukan yang dikenakan untuk orang awam hanyalah RM15 saja, caj harian untuk bilik adalah RM3 manakala untuk kakitangan awam atau pesara kerajaan adalah percuma.

Untuk bersalin biasa pula, tiada bayaran dikenakan bagi kakitangan awam manakala untuk orang awam, caj yang perlu dibayar hanyalah RM10 saja.

Kualiti perkhidmatan adalah setaraf hospital swasta lain dan setiap ibu yang bersalin di PBBR1M diberikan sebuah bilik yang cukup selesa dilengkapi kipas serta penghawa dingin.

InshaAllah inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh negara bagi membantu menampung kes kelahiran yang semakin meningkat.

IKLAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Dr Noor Hisham Abdullah

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI