Petua tradisional patut dijadikan amalan oleh ibu berpantang memandangkan manfaatnya memang diyakini baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Sama juga halnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan kecantikan wajah.

Petua yang boleh menaikkan seri wajah sewaktu berpantang sangat penting diamalkan, kerana ia akan membantu anda lebih bersemangat mengharungi tempoh berpantang yang dianggap panjang.

Paling menyeronokkan, bahan-bahan yang digunakan untuk menaikkan seri wajah ketika berpantang ini mudah sahaja untuk didapatkan.

Berikut adalah petua yang boleh anda praktikkan. Selamat mencuba!

1. Sapukan air kelapa tua ke seluruh wajah. Air kelapa mengandungi mineral yang dapat menaikkan keserian wajah. Jika tiada air kelapa tua, boleh juga menggunakan air kelapa muda.

IKLAN

2. Selepas mandi, basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.

3. Sapukan yogurt asli ke seluruh bahagian wajah untuk mengekalkan kelembapannya.

4. Sapukan ke wajah masker daripada tomato ranum dan biarkannya kering sebelum dibilas menggunakan air suam.

IKLAN

5. Bagi ibu berpantang yang berkulit kering, sediakan campuran bedak sejuk yang dicampur dengan madu untuk menambahkan kelembapan wajah.

6. Di setiap pagi dan petang, sapu bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan kisaran kunyit hidup untuk menaikkan seri wajah.

7.  Boleh juga menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan perahan air asam jawa.

IKLAN

8. Letakkan teh uncang yang telah digunakan pada lingkaran gelap bawah mata untuk menghilangkan kesan lebam akibat berjaga sepanjang malam.

9. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum setiap pagi dan malam. Selain menaikkan seri wajah, ia turut melancarkan peredaran darah dalam badan.

10. Rebus air akar kayu dan campurkan bersama ibu kunyit hidup untuk diminum pagi dan petang. Ia turut bagus untuk membuang angin dan melancarkan peredaran darah.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI