Jaundis dianggap berpanjangan (prolong jaundice) jika kekuningan yang dialaminya berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang.

Prolong jaundice yang dialami mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti bayi menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis ini dikenali sebagai breast milk jaundice. Namun, ia tidak membahayakan bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan sebagainya.

Ia mungkin juga disebabkan oleh penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pucat dan air kencing berwarna pekat.

Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid,  berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing dan orrgan hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts pun boleh menjadi puncanya.

Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundis berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembangannya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia dua bulan.

Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing berwarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundis.

IKLAN

Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.

Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan ketika anda hamil pagi supaya bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.

1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan.

IKLAN

2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.

3. Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen vitamin B.

4. Amalkan meminum jus pegaga.

IKLAN

5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.

6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.

7. Amalkan pemakanan sihat.

8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan berdoa.

9. Bersikap positif dan hindari stres keterlaluan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI