Ramai ibu-ibu tahu nak gigi anak elok, kena berus gigi secara berjadual. Tapi sebenarnya pemakanan anak juga kena dikawal.

Malah sejak dulu lagi, rutin memberus gigi ini adalah cara paling senang untuk menjaga gigi bayi dan kanak-kanak supaya tak mudah rosak.

Bagaimanapun, dalam hal ini ada juga ibu merungut susah setiap kali hendak membersihkan gigi anak kecil. Mereka akan menutup mulut dan disebabkan itu berlaku ‘peperangan’ dalam bilik air sehingga anak berjaya menggosok gigi.

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk ibu lakukan bagi menjaga kesihatan gigi si kecil selain memberus gigi. Antaranya adalah:

  1. Hanya susu dan air

Sebaik mungkin hadkan jenis minuman yang diberikan kepada bayi. Sebolehnya biarlah susu ibu atau susu formula sahaja jika anak di bawah usia setahun. Bagi anak yang dah mula belajar makan, air putih juga boleh diberikan.

IKLAN
  1. Hindari jus dalam botol

Makan buah secara langsung lebih baik daripada meminum jus buah. Bila anda terpaksa memberikan si kecil jus, jangan berikan dalam botol susu sebaliknya hanya berikan semasa waktu makan.

  1. Ajar minum air putih sebelum tidur

Apabila bayi dah berusia setahun, boleh berikan air putih sebelum anak nak tidur. Menyusu sebelum tidur ataupun sambil tidur boleh merosakkan gigi anak. Susu formula biasanya mengandungi gula, jadi berikan air putih untuk ‘membilas’ giginya sebelum tidur.

Nak Gigi Anak Elok, Selain Berus Gigi Ibu Perlu Kawal Pemakanan Anak

IKLAN
  1. Makanan tanpa gula

Jangan menambahkan gula pada makanan anak. Untuk memberikan rasa manis, anda boleh menggunakan bahan pemanis semulajadi seperti mengisar buah-buahan.

  1. Perhatikan label makanan

Bila anda membeli makanan bayi yang sudah siap diproses, perhatikan label nutrisi terlebih dahulu. Glukosa, laktosa, dan sukrosa adalah gula yang dapat menyebabkan kerosakan pada gigi kalau diambil dalam kuantiti yang banyak.

IKLAN

Oleh itu, ibu kena biasakan kedua-dua rutin ini sejak anak masih bayi. Bukan setakat mengosok gigi tetapi corak pemakanan anak pun kena jaga. Jika terlalu fokus pada menggosok gigi tapi jenis makanan yang diberikan pada anak tak dipantau, tak berhasil juga.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI