Proses pemulihan diri terutamanya di bahagian luka pembedahan selepas melahirkan anak secara caesarean memakan masa yang lebih panjang berbanding ibu yang bersalin normal.

Nak Luka Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh, Amalkan 7 Jenis Makanan Ini

Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu luka berkenaan cepat kering dan pulih ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Sebenarnya potensi diri anda untuk lekas sembuh turut bergantung kepada daya ketahanan tubuh. Oleh itu, pemakanan adalah penting untuk menjayakan misi ini.

Makanan yang baik adalah makanan yang boleh membantu anda mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan yang biasa dialami selepas pembedahan.

Makanan tersebut juga sepatutnya boleh membantu mengurangkan masalah penghadaman disebabkan oleh penggunaan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang kerap dialami oleh ibu selepas bersalin.

Protein

Bagi membolehkan luka dan tisu bercantum semula, tubuh memerlukan protein yang banyak. Menurut laman web vitamedica.com, tubuh memerlukan 0.8 gm protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan anda 60kg, anda perlukan 48gm protein. Malah, selepas melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, anda memerlukan lebih banyak sebab ada luka yang perlu disembuhkan. Sumber protein baik yang lain adalah seperti telur, ikan, ayam, daging lembu dan kekacang.

Tenusu yang diperam

IKLAN

Selepas pembedahan, doktor memberi pesakit antibiotik, ia bertujuan untuk mengelak jangkitan selepas pembedahan. Pada masa yang, antibiotik berkenaan membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman.

Bakteria baik sangat penting untuk membantu anda menguatkan sistem daya tahan tubuh. Untuk memastikan bakteria baik tidak berkurangan di dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt. Namun, dinasihatkan untuk mengambil yogurt yang kurang gula dan pewarna.

Serat

Ubat tahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad semasa proses berpantang akan jejaskan proses penghadaman.

Selain daripada perlu minum banyak air, anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan serat untuk mengatasi masalah penghadaman. Antara yang boleh diamalkan ialah buah prun. Ia ada kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis. Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, epal, pear, oat dan flaxseed.

IKLAN

Buah-buahan

Tekanan dan ubat hospital boleh menambah beban bahan teroksida di dalam tubuh. Tambahan pula, ia boleh menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel badan.

Selepas melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, anda sangat memerlukan makanan yang ada antioksida kerana dapat mengurangkan masalah-masalah ini.

Selepas pembedahan, anda perlu makan lebih banyak makanan antioksida dengan makan buah-buahan berwarna terang seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima. Selain antiooksida, buah-buahan yang dinyatakan ini turtu mengandungi anthocyanidins yang kaya dengan vitamin C.

IKLAN

Sayur-sayuran

Vitamin A diperlukan untuk membantu tubuh membaiki dan memulihkan tisu lembut, membran mukus dan kulit. Dicadangkan anda mengambil lebih vitamin ini (lebih kurang 10,000 IU Vitamin A dan 15,000 IU beta karoten) selepas pembedahan. Sumber beta karoten adalah seperti lobak merah, sayur berdaun hijau, tembikai susu, mangga dan aprikot kering.

Buah-buahan sitrus

Vitamin C adalah vitamin larut air yang bantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan. Bila terjadi proses memperbaiki luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkan luka.

Nak Luka Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh, Amalkan 7 Jenis Makanan IniOleh itu, ambillah makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C. Antaranyaseperti yang ada di dalam buah oren dan buah-buahan sitrus yang lain. Sumber vitamin C lain yang bukan dalam keluarga sitrus juga boleh diamalkan. Anda boleh makan jambu batu dan kiwi juga.

Kekacang dan bijian

Zink bagus untuk menguatkan fungsi imun tubuh. Badan memerlukan zink untuk bina dan aktifkan sel yang terlibat dalam sistem imun. Zink juga penting untuk memperbaiki luka dan mineral ini penting untuk sintesis protein dan perkembangan sel.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI