Kenapa kena hadkan kata jangan bila larang anak? Jika diikutkan perkataan ini yang membuatkan anak mudah dengar kata bila dia melakukan apa-apa kesalahan kan.

Tapi ada kesan di sebaliknya. Ini kerana apabila kerap menggunakan perkataan jangan, lama-kelamaan anak-anak pun fikir semua yang dia nak buat tak boleh sehingga sampai satu tahap anak pun jadi tak yakin diri.

Berdasarkan perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah mengenai ‘seni berjangan’ dengan anak, ibu bapa boleh mempraktikkannya.

———————————————————————–

Semalam semua orang dah nak tidur. Hanoonah seorang masih segar bugar tak nak tidur. Kami semua dah pejam mata.

Dia buat apa?
Dia duduk di hujung katil, duduk di bantal tempat saya letak kepala, dan main tarik-tarik rambut saya.

Satu demi satu. Dia tarik sampai putus. Dan bila putus, dia gelak happy tanda meraikan kejayaannya membotakkan kepala saya.

Tuan puan,
Banggakah saya selaku Ibu dengan ‘kejayaan’ anak saya ini? Susah nak jawab soalan ni. Sebab itu bukan langsung kejayaan yang saya impikan dari dia. Sakit kot!

Maka saya pesan pada dia untuk berhenti main rambut dan tarik satu persatu sampai putus tu.

Saya pesan,

“Hanoonah, TAK PERLU macam tu. TAK PERLU tarik rambut Ibu sampai putus. Ibu sakit sayang. TAK PERLU ya,”

Dan dia mengangguk-angguk tanda setuju.

Bila saya beri arahan pada anak, saya klasifikan arahan atau permintaan saya kepada 2 JENIS AYAT/GAYA BAHASA.

Nak Tahu Kenapa Kena Hadkan Kata ‘Jangan’ Bila Larang Anak. Ini Penjelasannya!

Bahasa pertama – Saya gunakan istilah TAK PERLU. Ini untuk permintaan atau arahan saya yang sebenarnya TAK SESUAI DIA BUAT. KALAU dia nak buat juga, dia perlu PATUHI beberapa syarat.

IKLAN

Contoh, dia nak panjat kerusi. Saya akan pesan, TAK PERLU panjat kerusi. Kalau nak panjat juga, boleh tetapi MESTI BERHATI-HATI.

Contoh lain, dia nak main dengan hanger ketuk-ketuk barang dan sesekali pukul orang (target utama dan mangsa yang dikenal pasti; Puan Sharifah Zahidah), maka saya pesan, TAK PERLU MAIN HANGER macam itu. TAK PERLU PUKUL ibu untuk main dengan hanger dan sebagainya. Saya akan jelaskan arahan dan guna ayat ‘TAK PERLU’, menunjukkan perbuatan bermain dengan hanger tak salah, dengan syarat kita tidak mencederakan/menyakiti orang lain.

Dia cuma mahu belajar, jadi dia cuma perlukan CORRECTIVE EXPLAINATION sahaja. Saya perlu lakukan dengan bijaksana. Saya tak mahu gaya bahasa saya MEMBANTUTKAN POTENSI DIA UNTUK TEROKAI DUNIANYA DAN MEBANTUTKAN MINATNYA UNTUK BELAJAR BENDA BARU.

Nak main dengan rambut Ibu? Boleh main, cuma TAK PERLU tarik sampai putus.

Sebab itu saya katakan, “TIDAK PERLU main rambut dan mencabut SEHINGGA Ibu rasa sakit,” instead of “JANGAN main rambut Ibu SEBAB Ibu rasa sakit.”

Saya tidak gunakan perkataan JANGAN untuk perkara yang CONSIDERABLE atau ADJUSTABLE, apatah lagi TOLERABLE.

Bahasa kedua – Baru saya gunakan istilah JANGAN. Contoh kalau dia nak main pisau atau main berdekatan dapur gas ketika saya masak. Saya gunakan istilah JANGAN kerana perbuatan itu adalah INTOLERABLE dan SANGAT BAHAYA. By hook or crook, dia mesti PATUHI arahan saya yang satu itu.

Anak-anak harus faham, bila saya gunakan TAK PERLU, apa maksudnya. Dan bila saya gunakan JANGAN, apa maksudnya. Alhamdulillah setakat hari ini, mereka faham.

Kaedah ini juga akan saya gunakan untuk perkenalkan mereka kepada WAJIB/SUNAT/HARUS/MAKRUH/HARAM bila mereka makin dewasa nanti.

IKLAN

Perkataan JANGAN hanya untuk perkara HARAM sahaja. Bermaksud, NOT TOLERABLE AT ALL. DONT TRY TO NEGO WITH ME ABOUT THAT.

Perkataan TAK PERLU untuk perkara HARUS, dengan syarat dan we can sit and talk about it together. SUPAYA anak-anak membesar menjadi orang yang adjustable dan flexible. Dan belajar GUNA AKAL untuk berfikir dan buat keputusan.

Ini cara saya. Kerana saya tak mahu SENTIASA BERJANGAN dengan anak-anak sehingga dia menjadi jumud dan bendul. Dan saya juga tidak mahu langsung TIDAK BERJANGAN dengan anak-anak sehingga dia menjadi liar dan degil.

Soalnya, jangan atau tak jangan – itu bergantung kepada isu apa yang sedang kita sampaikan.

Adakalanya, mesti berjangan. Adakalanya, sekadar ‘tak perlu

 

Nak Tahu Kenapa Kena Hadkan Kata ‘Jangan’ Bila Larang Anak. Ini Penjelasannya!Kena Lebih Beringat

 

IKLAN

Saya tak guna ‘tak payah’ sebab dalam masyarakat kita, penggunaan ‘tak payah’ tu lebih difahami sebagai arahan. Berbanding ‘tak perlu’ sebagai sesuatu yang lebih difahami sebagai cadangan.

Sebab itu, ‘tak payah’ hampir kepada ‘jangan.’ ‘Jangan’ yang selalu dipertuturkan, akan membuatkan SEGALA ‘JANGAN’ yang benar-benar ‘JANGAN’ itu lebih murah nilainya dan mudah dilanggar.

Praktikal saya ialah, tidak mahu banyak berjangan. Tetapi sekali saya ‘JANGAN’, I mean ‘A CONCRETE JANGAN’ DONT EVER PLAY WITH THAT. Ini cara saya nak buat anak-anak gerun dengan segala macam ‘JANGAN’ yang ALLAH sendiri gunakan dalam al-Quran.

Adapun ‘tak perlu,’ ianya lebih pada PERTIMBANGAN peribadi, yang boleh dibincangkan, diubah, disuarakan, dicari jalan dan sebagainya.

Mengapa saya membandingkan ‘JANGAN, TAK PERLU, dan TAK PAYAH,’ adalah kerana puncaknya adalah;

Saya mahu anak-anak FAHAM dengan SEBENARNYA kalimah ‘JANGAN’ dalam al-Quran.

Bila kita selalu berjangan pada perkara yang tak perlu dijangankan, anak-anak akan mula pukul rata segala ‘jangan’ sebagai membosankan, entah apa dan akhirnya, ada part mereka akan bersikap rebellious.

“Jangan pegang tudung tu Adik..’ merujuk kepada arahan Ibu yang tak mahu tudung yang dia sudah gosok disentuh oleh anak. “Takkan pegang tudung pun tak boleh?”

Tetapi, apabila kita MAKE EXCLUSIVE ‘JANGAN’ kita itu, dan kita SYNCHRONIZE ‘JANGAN’ kita itu DENGAN ‘JANGAN’ daripada ALLAH, maka anak-anak akan menumbuhkan jiwa yang sensitif terhadap larangan ALLAH, jiwa yang tak akan tolerable dengan dosa-dosa dan ‘jangan-jangan’ yang disebut dalam Al Quran.

Inilah, natijah atau motif utama yang saya nak capai dalam ‘berjangan dengan anak’.

Untuk bawa mereka kembali kepada ALLAH. Bukan sekadar mahu mereka mendengar kata. Tetapi, yang LEBIH UTAMA, saya mahu mereka bertakwa.

Sumber: Sharifah Zahidah

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI