Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas hampir dua bulan berpantang anak pertama, Siti Aafiyah.

Siti berkongsi foto terbaru di laman Instagram miliknya dan rata-rata peminat begitu teruja dengan penampilannya yang nampak perubahan mendadak berbanding semasa dia mengandungkan Aafiyah.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi positif dan pujian diberikan oleh peminat dan rata-ratanya meminta Siti berkongsi tip yang diamalkannya sehingga boleh mendapat bentuk badan yang langsing walaupun tak sampai dua bulan bersalin.

Apa yang kelakar, peminat siap memuji bentuk muka Siti dan komen dagunya dah kembali runcing.

Tak kurang juga yang cemburu kerana Siti dah seperti anak dara walaupun baru bersalin Mac lalu.

“#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza dan instant shawl dari @galeriariani.

“Nampak kurus ke? Saya tak edit tau.. Baju ni yang buat saya nampak kurus.. Cepat pergi beli kalau nak nampak kurus (Eh tak! Yang terer ni tukang ambil gambar ni) @cteafairuz,” seloroh Siti.

Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Menerusi kemas kini Instagram Siti juga, penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu mendedahkan dia kembali ke studio rakaman menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Ada recording tapi mengantuk,” tulis Siti ringkas. 

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi.

Selain memuji penampilan terbaru Siti, nampaknya peminat juga dah tak sabar menunggu buah tangan terbaru Siti  selepas lagu Ting Ting Tang Ting yang dinyanyikannya sebelum ini.

Sumber: ig ctdk & rozisangdewi

Tinggalkan Komen