Pandemik Covid-19 nampaknya menular kembali dalam masyarakat kita pada hari ini. Rakyat yang pulang dari Sabah khususnya ramai yang perlu menjalani tempoh kuarantin sebagai langkah mencegah penularan wabak pandemik tersebut.
Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah juga tidak terkecuali untuk menjalani kuarantin selama 14 hari bersama anak-anak setelah pulang dari Sabah baru-baru ini.
Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Rossa, kedua-dua anak perempuannya kelihatan menghampiri pintu grill di kediaman mereka untuk bertemu ayah mereka, Shuk.
Video penuh syahdu itu memaparkan Shuk yang terpaksa menjauhkan diri daripada dipegang anak-anak biarpun mereka menjerit-jerit memanggil namanya ketika itu.
“Anak-anak pun rindu. Nampak je gembira tapi dari riak dan telatah pun tahu happy semacam tengok ayah mereka luar pintu.
“Ain cakap tadi ‘Ain nak pegang ayah, sinilah pegang tangan Ain’. Sayu je dengar.
“Nanti ayah balik kita lepak macam selalu. Tengok TV sambil makan keropok yang mama goreng. Tidur ruang tamu,” kata Rossa.
Rossa dan kedua-dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.
“Saya baru balik dari Sabah. Gelang pink.
“Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah tetap sedih macam ni. Patuh SOP semua,” ujar Rossa lagi.
https://www.instagram.com/p/CGAgcmQhiSj/?utm_source=ig_web_copy_link
Shuk juga memuat naik video yang sama dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya.
Kapsyennya cukup sayu menyatakan perasaan rindu pada anak-anaknya. Tambahnya lagi dia akan pulang dan peluk anak-anaknya apabila tamat tempoh kuarantin kelak.
“Ayah , ain nak sayang ayah..pegang tangan ain ni”
“Ayah pun rinduuuuu dekat ain dan adik.. nanti ain dah habis kuarantin gelang pink ayah balik peluk semua,” tulisnya.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossa pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber: Gempak & IG Shuk dan Rossa
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI