Ibu-ibu yang baru bersalin, jangan pandang ringan kalau anda mengalami beberapa gejala yang mungkin dianggap sakit biasa tapi sebenarnya ia adalah berbahaya.

Tempoh melahirkan anak membuatkan ibu yang baru bersalin mengalami kehilangan darah dan tenaga yang banyak. Itulah sebabnya ibu-ibu baru lepas bersalin kena banyak berehat dan makan makanan yang banyak khasiat.

Semuanya demi mengembalikan semula tenaga dan kesihatan diri sendiri. Berikutan itu Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!

GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TAK BOLEH DIPANDANG RINGAN

Tanda paling bahaya:

Nasihat Dr Zubaidi Buat Ibu Yang Baru Bersalin, Jangan Pandang Ringan Kalau Alami Gejala Ini!

1. Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku

2. Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin
kesan sampingan suntikan epidura, terutamanya duduk atau berdiri.

3. Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.

IKLAN

4. Sakit di bahagian atas abdomen mungkin mengalami sindrom HELLP (berlaku jika melahirkan kira-kira 48 jam lalu) bersama tanda-tanda berasa amat penat, muntah, dan berasa loya.

5. Nafas pendek selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).

6. Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.

7.Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.

8. Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.

IKLAN

9. Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.

10. Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.

11. Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.

12. Sakit perut yang luar biasa terutama pada sekeliling jahitan pembedahan caesarean.

IKLAN

13. Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.

14. Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).

15. Terlintas untuk membunuh diri.

16. Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.

16. Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.

17. Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.

Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI