Berfikiran positif dan terima kurniaan Allah dengan hati yang terbuka, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim dipuji ramai peminat apabila berkongsikan wajah anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan kelmarin.
Walaupun Nur Amna bayi istimewa kerana mengalami cleft lip atau sumbing, ternyata Lan dan Sheila cukup kuat.
Pasangan ini ternyata gembira dengan kehadiran bayi perempuannya dan tidak lokek untuk berkongsi gambar kepada semua peminat.
Malah rata-rata peminat pun turut sama mendoakan yang terbaik buat Nur Amna. Daripada komen yang diberikan netizen ada yang menyatakan Nur Amna adalah bayi bertuah dan anugerah terindah buat Lan sekeluarga.
Terdahulu Lan dan isterinya mengetahui keadaan bayinya sumbing semasa kandungan berusia 30 minggu.
Selepas itu, Sheila meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.
Walaupun bayi ini dianggap istimewa dalam keluarga Lan dan isteri, sikap keterbukaan pasangan ini wajar dipuji dan langsung tidak menunjukkan mereka sedih sebaliknya begitu kuat.
Apa yang membuatkan netizen cukup tersentuh hati, Lan dan Sheila bertekad untuk membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang pada Nur Amna.
Daripada komen di instagram Lan juga, ada netizen yang berkongsikan masalah anak mereka yang senasib dengan anak Lan dan rata-ratanya menyatakan boleh dirawat dengan membuat pembedahan.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lan dan Sheila atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Sumber: lansolo_official & sheilarazlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Tindik Telinga Bayi Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang
“Teringin nak pakaikan bayi anting-anting mesti cantik, tapi boleh ke tindik telinga masa bayi?”
Memang nampak comel bila anak-anak masih kecil dipakaikan dengan barangan kemas seperti anting-anting atau subang. Namun, jika ibu bapa ada berhasrat untuk tindikkan anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, elok tangguhkan dulu keinginan ini. Ini kerana mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu bahawa luka tindikan tersebut berbahaya pada bayi usia begini.
Sebelum buat keputusan tindik telinga bayi, ibu bapa perlu tahu risikonya terlebih dahulu.
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut menyebabkan jangkitan kuman tetanus, sekali gus boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.
“Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.”
Dr Zubaidi berkata bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa.
“Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doktor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan memberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi”
Selain itu, pastikan anting-anting untuk dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
Tak salah untuk menindik telinga anak, tapi setidaknya tunggulah sehingga anak berusia enam bulan ke atas seperti saranan Dr Zubaidi dan juga ikuti panduan dan syarat sebelum menindik. Baik mencegah sebelum merawat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Normal Kalau Bayi Baru Lahir ‘Gayat’ Atau Dipanggil ‘Refleks Moro’. Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor!
Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil, pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda. Kadangkala, anda semestinya bingung melihat bayi menggigil, tersentak ketika tidur dan sebagainya.
Usah bingung lagi, artikel ini akan merungkai perbezaan di antara pergerakan normal dan abnormal bayi anda, serta punca di sebalik setiap pergerakan mereka.
Normalkah bayi menggigil?
Ia bergantung kepada situasi yang dialami oleh bayi pada masa tersebut dan juga tempoh menggigil.
Sesetengah bayi menggigil atau menggeletar ketika tidur, dan kembali normal sesudah bangun tidur. Ada juga yang menggigil ketika menukar lampin, bermain, menyusu dan sebagainya.
Bayi tidak menggigil kerana berasa sejuk ya! Bayi hanya berupaya untuk bertindak balas ketika sejuk selepas berumur enam bulan.
Sebelum itu, bayi mempunyai sejenis tisu lemak perang di dalam badan mereka yang membantu untuk mengawal suhu badan.
Punca normal bayi menggigil
Terdapat beberapa penjelasan normal mengenai pergerakan bayi menggigil atau menggeletar.
1. Sistem saraf pramatang
Dr Evan Lewis, Pakar Neurologi Pediatrik dan Pengarah Institut Neurologi Toronto mendedahkan semasa dua tahun pertama kehidupan bayi, sistem saraf dan otak bayi masih pramatang dan sedang berkembang.
Beliau juga menyatakan dua bulan pertama bayi sangat dipengaruhi oleh perubahan ini kerana refleks normalnya belum matang sehingga menyebabkan refleks tubuh bayi terlalu aktif.
Refleks yang terlalu aktif boleh menyebabkan dagu dan bibir bayi bergetar, sekali gus seluruh badan menggigil berkali-kali dalam sehari.
Semasa sistem saraf berkembang dan lebih matang, pergerakan menggigil dan menggeletar ini akan hilang sepenuhnya.
Bayi sepatutnya tidak menggigil selepas tempoh masa ini. Jika masih menggigil lagi, anda perlu mendapatkan rundingan selanjutnya.
2. Refleks Moro
Refleks Moro ialah sejenis refleks yang normal dilihat dalam kalangan bayi sehingga tempoh 3-6 bulan. Ia bermula semasa kehamilan, di antara 28-32 minggu dan hilang sepenuhnya selepas enam bulan kelahiran.
Ia merupakan tindak balas perlindungan motor bayi terhadap ketidakseimbangan badan atau rangsangan secara mendadak.
Di Malaysia, refleks Moro selalunya diperiksa oleh doktor selepas kelahiran bayi. Bayi yang normal akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Namun, bayi pramatang atau yang mempunyai kecederaan semasa kelahiran tidak akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Jika refleks Moro masih dilihat pada bayi anda selepas tempoh enam bulan, sila berjumpa dengan doktor.
3. Tahap hormon norepinephrine yang tinggi
Semasa lahir, bayi mempunyai jumlah norepinephrine yang lebih tinggi. Fungsi hormon ini adalah lebih kurang sama dengan adrenalin. Ia membantu bayi dalam pengawalan haba untuk tubuh mereka.
Ia dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap persekitaran baru semasa lahir. Norepinephrine mempunyai daya rangsangan terhadap anggota badan dan itulah yang menyebabkan bayi menggigil.
Seiring waktu, tahap hormon ini akan berkurangan dalam badan, dan pergerakan tersebut akan berhenti.
Selain itu, hormon ini juga membantu metabolisme tisu lemak perang dalam bayi jika perubahan suhu mendadak dikesan oleh tubuh.
Punca abnormal bayi menggigil
1. Hipoglisemia
Eh, takkan bayi pun boleh mendapat hipoglisemia? Sudah tentu boleh ya!
Hipoglisemia ialah keadaan di mana paras gula dalam darah bayi lebih rendah daripada normal.
Ia selalunya berlaku jika ibu mempunyai kencing manis ketika hamil, bayi ada jangkitan kuman atau enggan menyusu.
Salah satu tanda hipoglisemia ialah bayi akan menggigil atau menggeletar. Terdapat juga simptom lain seperti tangisan bernada tinggi, masalah menyusu, lemah, dan sebagainya.
Bayi yang mengalami hipoglisemia seharusnya diberikan rawatan secepatnya.
2. Sawan
Hati-hatilah jika bayi anda kerap menggigil dan sukar untuk dileraikan kerana kemungkinan dia mengalami sawan.
Lagi-lagi jika terdapat simptom lain seperti kekejangan otot yang keterlaluan, demam, mata terbeliak ke atas, mulut berbuih dan sebagainya.
Selalunya sawan akan terhenti sendiri kurang daripada tiga minit, tetapi jika lebih sila dapatkan rawatan selanjutnya.
Konklusi
Menggigil ialah reaksi normal bagi si manja anda. Namun, jika anda was-was akan pergerakannya, sila rakamkan pergerakan mereka sebelum membawa bayi anda ke hospital.
Ini akan membantu para doktor untuk membuat diagnosis dan memberikan rawatan yang lebih lanjut.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Meniarap Boleh Kuatkan Leher Bayi, Elak Kembung Perut & Banyak Lagi
Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama!
Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.
TIP MENIARAP KEPADA BAYI
- Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
- Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu ataudi atas bantal dan mengusap-usap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pasa permulaan ini).
- Apabila bayi kelihatan lebih “alert”semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
- Mulakan tummy time selama 3 hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
- Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
- Meniarap bersama bayi dan berbual dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
- Gunakan permainan berbunyi untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
- Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
- Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, ia menunjukkan bayi anda sudah mempunyaikekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah satu pencapaian untuknya!
KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI
1.RANGSANG KOMUNIKASI
Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.
2.KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
3.STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR
Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
4.ELAK ‘FLAT HEAD’
Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.
5.KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.
Sumber: OT AisyahRozalli
Anda juga boleh mengetahui cara yang digunakan oleh Dr Sheikh Muszaphar untuk mengajar bayi kembarnya meniarap dan posisi terlentang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI