Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja seharian sedikit sebanyak boleh mengganggu tumpuan diri. Lebih teruk ia kadangkala terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Oat Kaya Vitamin B1. Kalau Nak Atasi Masalah Keletihan, Para Ibu Kena Selalu AmalkanTerdapat banyak cara untuk mengatasi rasa letih dengan cara yang berkesan. Tahukah anda diet yang betul dan sesuai adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah ini secara semula jadi?

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang boleh anda amalkan untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh.

Ketahuilah, apabila anda cergas dan bertenaga, keluarga terutamanya suami dan anak-anak pasti akan rasa seronok dan bahagia sentiasa.

Oat

Oatmeal dianggap sebagai superfood kerana kemampuannya menjaga kesihatan pencernaan. Selain itu, ia juga membantu tubuh menjaga kadar gula darah supaya sentiasa berada pada paras normal.

IKLAN

Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan. Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal mengandungi magnesium, protein dan fosforus. Tiga nutrien ini saling berhubung kait dalam mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya makanan ideal untuk memerangi keletihan.

Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuatkannya mudah  diproses oleh tubuh untuk menjadi tenaga berbanding makanan padat.

Ia mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya daripada pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.

IKLAN

Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.

Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan memberi perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

IKLAN

Bayam

Bayam penuh dengan kandungan nutrien penting yang membantu anda mengatasi keletihan. Sayur ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi sangat kaya dengan magnesium dan kalium.

Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia. Jadi, zat besi dalam bayam memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari masalah keletihan.

Kekacang dan biji-bijian

Biji labu, badam, gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam bijan, biji bunga matahari, biji labu, gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

Ketahuilah anda bahawa akar masalah keletihan adalah disbabkan oleh kekurangan nutrien penting dalam tubuh.

Badan yang letih dan kurang bertenaga adalah salah satu isyarat yang cuba diberi oleh tubuh bahawa kita kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan tubuh lesu. Jadi, ambillah makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI