Setengah orang kata bayi yang tembam & ‘semangat’ itu comel. Ada pula yang menyindir dengan mengatakan bayi perlu diet dan dikawal pemakanannya. Apa pun, tanya pakar pendapat dulu.

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

IBU STRES BAYINYA DIKATAKAN OBES

Ramai ibu yang mengadu bayi dilahirkan dengan berat badan yang biasa iaitu 3.1 kg. Seperti kes ibu A, apabila bayinya mencecah usia lima bulan dan berat mencecah 9kg. Ditambah pla dengam mulut-mulut orang sekeliling “ Anak awak ni dah obes memandangkan beratnya naik drastik tidak sesuai dengan usia.” Pertambahan berat badan itu hanya dengan susu ibu sahaja, tanpa tambahan susu formula atau makanan lain.

Pola penyusuan bayi Ibu A juga biasa, tidak terlalu kerap. Susu ibu perahan pula hanya dibekalkan sebanyak 15 oz susu sepanjang 10 jam waktu bekerja. Tidak lama lagi dia akan mencecah enam bulan dan boleh mengambil makanan pejal. Ibu A cukup bimbang dengan keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayinya besar. Ibu A dan suaminya mempunyai berat badan ideal dan bukan daripada baka obes. Dia buntu dan mula mempersoalkan adalah ia berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan bayinya obes.

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

DAPATKAN NASIHAT PAKAR

IKLAN

Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, bayi Ibu A yang umur 5 bulan dan berat 9kg berada dalam bahagian atas carta berat iatu 95th centile tetapi bukan dikategorikan sebagai obes.

Adalah penting bagi ibu bapa mendapatkan nasihat yang betul dan tepat daripada pakar pediatrik. Ini kerana pakar pediatrik akan menilai tumbesaran daripada segala aspek bukan sahaja berat dan juga trend tumbesaran, lebih penting daripada menilai pada satu jangka masa sahaja.

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

BABY FAT

IKLAN

Terdapat ramai bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif mempunyai berat yang lebih tetapi lazimnya lemak bayi atau baby fat ini tidak kekal dan berat makin seimbang apabila dimulakan makanan pejal atau pelengkap.

Tambahan pula bila bayi mula lebih aktif bergerak iaitu seperti merangkak dan berjalan, ini akan bantu dalam penyeimbangan tenaga. Tidak digalakkan sama sekali untuk mengurangkan atau mengawal pemakanan bayi kerana ini adalah masa perkembangan pesat dalam tumbesran bayi. Ibu bapa perlu mendapatkan pandangan pakar pediatrik terlebih dahulu

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

AMALKAN PEMAKANAN NUTRISI TINGGI

IKLAN

Ibu digalakkan untuk memberikan makanan dan minuman bernutrisi tinggi kepada bayi apabila bayi bersedia untuk mengambil makanan pelengkap. Amalan pemakanan sihat dengan elakkan gula dalam makanan. Hindari daripada memberi makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang rendah.

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

ELAKKAN MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI PENENANG

Selain itu, elakkan menggunakan makanan untuk mendiamkan bayi atau menggunakan makanan sebagai permainan.  Ibu bapa perlu faham bahawa bayi menangis tidak semestinya kerana lapar. Ibu bapa juga seharus mengenali dan tahu cue dan masa ketikanya bayi anda sudah kenyang atau bila bayi itu sedang dalam kelaparan.

Orang Kata Baby Kita Bam Bam Sangat? Mama Jangan Stres! Ini Kata Pakar Pediatrik

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI