Ibu bapa akan meluahkan rasa kebimbangan apabila anak lambat bercakap. Lagi-lagi bila dah masuk umur dua tahun. Apa yang perlu dibuat sebenarnya?

Salah satu cara adalah dengan merangsang anak bercakap dengan aktiviti yang boleh membantu si kecil anda. Berdasarkan perkongsian Dr Mahani Razali  ada aktiviti khusus  bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang agak lambat bercakap atau late talker.

Salah satu cara membantu si kecil bercakap adalah dengan cara membantu memperkayakan perbendaharaan katanya atau vocabularynya.

Pakar Kongsi Aktiviti ‘Speech Therapy’  Ini Bantu Anak Lambat Bercakap.  Mudah Dan Boleh Buat Di Rumah!

Cara mudah membantu anak-anak kecil menambahkan perbendaharaan katanya adalah melalui bermain. Cuba lah aktiviti berikut dengan si kecil anda. Juga dikenali sebagai speech terapy. Mak ayah buat sendiri.

Bahan

Bola kecil

Mangkuk /besen plastik

IKLAN

Sudu plastik

 

Bahasa/Perkataan yang digunakan oleh orang dewasa (Suaikan dengan aksi)…

Baling bola

Ambik bola

IKLAN

Bagi bola pada mama/abah

Letak bola dalam besen

Keluarkan bola dari besen

Letak bola atas lantai

IKLAN

Baling bola ke dinding

Letak bola atas sudu (bola kecil)

Ulang beberapa kali permainan di atas. Untuk anak yang lebih berumur 4, 5 atau 6 tahun boleh guna ayat yang lebih lengkap.

Jika dilakukan berulangkali insya-Allah sangat berkesan bagi membantu anak-anak yang delay dalam percakapan. Repetition is important.

#salah satu punca anak delay dalam percakapan adalah berlebihan dalam bermain gadget atau menonton tv. Main gadget dan menonton Tv adalah komunikasi sehala. Anak -anak kecil memerlukan komunikasi dua hala. Bercakaplah dengan si kecil anda.

Siapa-siapa yang ada anak-anak kecil yang agak delay dalam percakapan, cuba pakat, berkumpul dan mana-mana dan saya turun bantu. Bawa anak sekali.

Sila share supaya ramai yang dapat manfaat. Nanti saya letak pulak terapi kedua kalau ramai yang share.

Sumber: Dr Mahani Razali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI