Bagi ibu-ibu yang sibuk menguruskan anak kecil, bersahur antara yang paling penting. Lagi-lagi ibu menyusu lagilah memerlukan tenaga untuk memastikan badan terus bertenaga dan dapat membekalkan susu yang cukup pada si kecil.

Disebabkan tak nak lapar dan mahu bertenaga, ada ibu-ibu yang bersahur dengan mengambil karbohidrat atau makan makanan yang berat. Kiranya waktu bersahur itu dianggap meriah oleh sesetengah keluarga.

Sebenarnya bagus juga kerana ibu-ibu ada inisiatif nak buat yang terbaik untuk keluarga. Tapi jika anda rasa buntu, ada cara yang lebih mudah dan mungkin boleh dipraktikkan.

Berdasarkan perkongsian Dr Rizal Abu Bakar ada satu makanan yang sangat mudah untuk disediakan. Paling penting dapat berikan tenaga sepanjang hari berpuasa dan memberi kesihatan yang baik pada ahli keluarga.

Saya kongsikan satu makanan yang selalu saya amalkan dan cara sediakannya.

Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.

Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.

Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud “kekuatan”.

Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:

+ Fiber: 11 gram
+ Protein: 4 gram
+ Omega 3: 9 gram
+ Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
+ Phosphorus: 27%

Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2. Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa.

Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.

Caranya :-
======
1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum waktu bersahur.

Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit.

Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa. Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil. Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Tinggalkan Komen