Rupanya hasil kajian dilakukan pakar saraf mendapati 6 keajaiban otak bayi yang ibu ayah wajib tahu. Bayi nampak macam tidak tahu apa-apa. Dia kecil, lemah dan perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bayi juga asyik tidur, menangis, minum susu, kencing, buang air besar atau kadang kala tersenyum.

Tetapi di sebalik sifat bayi yang kecil, sebenarnya mereka mempunyai kemampuan otak yang luar biasa yang sebagai ibu bapa kita wajib mengetahuinya. Begitulah hebatnya ciptaan Allah SWT yang menciptakan manusia.

Ada 6 kelebihan otak bayi yang ditemui oleh para penyelidik.

1. Pandai mengerakkan badan seperti menari

Kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan bayi dan kanak-kanak berusia 5 bulan hingga 2 tahun oleh Dr Marcel Zantner, pakar psikologi di Fakulti Psikologi Universiti York, Britain. Bayi menunjukkan respon aktif terhadap bunyi muzik iaitu dengan cara mereka akan menggerakkan badan mengikut irama muzik yang didengari.

Sementara pakar psikologi anak dari Finland, Dr.Tuomas Eerola memperolehi penemuan menarik iaitu bayi-bayi yang mempunyai kemampuan yang baik untuk menggerakkan badan mengikut bunyi muzik, ternyata lebih mudah tersenyum dan ketawa.

Pakar Saraf Menemui 6 Keajaiban Otak Bayi Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

2. Bayi faham perbualan orang dewasa

IKLAN

Siapa cakap bayi tak faham percakapan orang dewasa? Hasil kajian Eric Halgren, PhD, pakar radiologi dari Universiti California di San Diego, Amerika Syarikat menunjukkan, otak bayi berusia setahun sudah boleh memproses kata-kata hasil perbualan orang dewasa yang didengarinya.

Bayi boleh faham makna kata-kata tersebut seperti kita memahaminya. Jadi, sebelum bayi boleh bercakap, dia sudah mempunyai kemampuan mencerna makna ayat-ayat.

3. Bayi menangis dengan dialek bahasa ibunda

Hasil penelitian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Wurzburg, Jerman terhadap tangisan 60 orang bayi dari pasangan ibu bapa berbahasa Perancis dan Jerman mendapati terdapat perbezaan signifikan antara suara tangisan bayi-bayi tersebut. Bayi-bayi Perancis menangis dengan aksen yang tinggi, seperti aksen bahasa Perancis sendiri dan bayi-bayi Jerman menangis dengan aksen rendah, seperti bahasa mereka.

Pakar saraf kanak-kanak, Dr. Debbie Mills menjelaskan, kemampuan menghasilkan suara tangisan yang menyerupai bahasa ibu, memerlukan bayi “belajar”. Kemampuan tersebut adalah hasil proses belajar otak untuk mengingat suara percakapan ibu sejak di dalam rahim. Keupayaan bayi baru lahir menangis dengan aksen ibunda, adalah cara mereka meniru ‘bahasa’ ibu. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian ibu, sehingga terjalin ‘bonding’ yang kuat antara bayi dan ibu.

Pakar Saraf Menemui 6 Keajaiban Otak Bayi Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

IKLAN

4. Faham emosi ibu bapa

Bila anda sedang bertengkar dengan pasangan, jangan lakukan berdekatan dengan bayi walaupun mereka sedang tidur. Menurut kajian Dr.Declan Murphy, pakar saraf kanak-kanak dari London, walaupun sedang tidur lena bayi boleh mendengar ibu dan ayahnya bertengkar. Bahkan bayi boleh mengesan sebarang perasaan emosi negatif dalam diri anda seperti marah atau sedih.

5. Bayi kenal bunyi muzik

Walaupun kecil namun bayi sudah mempunyai naluri yang kuat untuk mengikuti irama atau rentak muzik yang didengarinya. Kemampuan luar biasa ini ditemui oleh Dr Istvan Winkler, pakar saraf kanak-kanak dari Budapest, Hongaria. Beliau dan Dr.Henkjan Honing dari Universiti Amsterdam mengamati dan menganalisa gelombang elektromagnetik yang dihasilkan otak bayi ketika didengarkan bunyi muzik menggunakan drum dengan pelbagai ritma. Sesekali, beberapa tanda nota muzik sengaja dilambatkan untuk melihat respon otak bayi terhadap perubahan tersebut.

IKLAN

Pakar Saraf Menemui 6 Keajaiban Otak Bayi Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

6. Bayi semula jadi bijak mengira

Hasil kajian oleh Veronique Izard, PhD, pakar saraf anak dari Paris cukup mengejutkan. Bayi berusia 3 bulan ternyata sudah menyedari jumlah anak patung bentuk binatang yang tergantung di atas tempat tidurnya.

Kemampuan otak bayi untuk mengira jumlah objek yang dilihat itu diperolehi selepas melakukan eksperimen ke atas 36 orang bayi berusia 3-4 bulan. Bayi-bayi dipakaikan “topi” yang diperbuat daripada kabel sensor untuk mengesan gelombang otak. Mereka ditunjukkan pelbagai gambar haiwan pada monitor TV yang besar seperti itik, kuda dan gajah. Binatang-binatang yang ditunjukkan berbeza-beza jumlahnya dan ditampilkan secara rawak.

Dari hasil pemantauan pada gelombang otak bayi, didapati ada perubahan bentuk gelombang otak setiap kali bayi melihat gambar jenis haiwan yang berbeza, tapi dengan jumlah yang sama. Ini membuktikan otak bayi mampu memberikan respon terhadap perbezaan jumlah objek yang dilihat.

Selepas membaca hasil kajian yang dilakukan oleh para pakar tersebut, ternyata setiap bayi dilahirkan dengan otak yang luar biasa kemampuan untuk belajar. Terserah kepada ibu bapa untuk terus memberikan rangsangan yang baik bagi membantu otak bayi terus berkembang dan cerdas membangun.

Sumber: ayahbunda

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI