Berkongsi pengalaman bergelar ibu kepada bayi kembar, Farahanim Razak mengakui saat paling mencabar bila anak menangis serentak mahu menyusu.

Pengacara TV dan model muslimah jelita ini selalu berkongsi di instagram gelagat bayi kembarnya Amira Raissa dan Amina Raissa yang kini berusia 3 bulan.

Dalam satu posting di instagramnya selepas melahirkan anak, Farahanim berkongsi perasaaan teruja dan bahagia yang dilalui selepas mempunyai anak.

Lucunya bila ibu cantik ini menganggap dirinya seperti kilang yang perlu menghasilkan banyak susu ibu untuk menyusukan si kembar yang bergilir-gilir menangis mahu susu setiap dua jam sekali. Memang mencabar!

pengalaman menjadi ibu buat kali pertama lagi lagi twins memang mencabar tapi membahagiakan 🙂 sebabnya setiap 2 jam anim kena breastfeed kakak adik gilir gilir. macam kilang dh mommy ni!

anim mmg set dalam mind masa pregnant dulu dan doa setiap hari sungguh2 supaya Allah banyak kan susu badan nak bagi pada anak anak sebaiknya secukup nya. Alhamdullilah Allah permudahkan. don’t give up! jaga pemakanan yaa.

cuma bila tgh malam anim kena ada stock susu secukupnya senang bila daddy nk bagi susu pada twins. siang hari anim pump guna HAENIM Double Breastpump @haenim.my dari @happikiddo_ ni mmg sgt membantu tau. selesa & easy to handle, full sucking paling penting warna pink comel :p thanks again @happikiddo_

IKLAN

Comel betul breast pump yang Farahanim gunakan ini. Patutlah bersemangat dan mudah mengepam stok susu untuk si kembar.

Gelagat Amina dan Amira yang suka menangis serentak waktu nak menyusu tentu buat mummynya gelabah dan panik. Tapi lama-kelamaan ia sudah menjadi rutin biasa bagi ibu anak kembar.

IKLAN

Berkat Susu Ibu, Amina & Amira Makin Bijak Dan Bam Bam

Benarlah susu ibu memberikan khasiat yang terbaik kepada bayi. Ia menguatkan sistem imuniti bayi, merangsang perkembangan otak, membantu meningkatkan kecerdikan anak, memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi selain menjadi bonding terbaik antara ibu dan anak dalam meningkatkan hubungan kasih sayang.

IKLAN

Tak hairanlah pasangan kembar comel Amina dan Amira semakin bijak dan sihat tubuh badannya kerana mendapat cukup khasiat susu ibu.

Si kembar ini juga jarang cranky yang berlebihan kecuali mereka hendak susu. Bahkan boleh sahaja minum susu ibu dalam botol susu yang diberikan oleh mummy nya. Biasa bayi akan mengamuk jika tahu ibu ada tapi tak boleh direct feeding.

Semoga bayi kembar comel ini membesar sebagai anak yang sihat, bijak dan membahagiakan mummy dan daddy.

Sumber: Instagram Farahanimrazak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI